Tuesday, May 17, 2011

Cerite jalan-jalan


hi peeps! we are back!! rindu tak rindu tak? (",)

medan... pe nak crite pasal medan eh.. hurmm... okeh kalo tak de kenalan or family kat medan tak payah pegi. gagagaga....

flight kitorg kul12 sepatutnya tapi delay sampai kul140pm. its ok sebab kitorg g isi perut dulu kat kafe lcct tu. mase pegi ni, tok ma tak ikut. dia ada function, nurse's day kat pwtc. so flight dia esok malam la. anyway, dalam flight, khayra sangat behave! as usual. mummy ngan daddy jek sedikit cuak sebab lame tak naik plane. huhu! perjalanan dalam 55 minit. tak lama. owh the best part was khayra demam! huhh.. dugaan btol.
dah sampai airport, adik daddy aka pak lang khayra jemput. first dia bawak pegi makan dulu. mummy makan ayam penyet. siyes sedap gile! sampai skrang mummy dok teringat lagi neh. hehe. then singgah umah pak lang jap, pegi masjid. khayra muntah pulak! serba salah btol mummy nak bawak khayra jalan time demam camni. tapi nak wat camne kan. mummy terpakse la selesakan khayra sebaik mungkin. dah setel bersihkan khayra sume, trus bertolak pegi parrapat. it took about 5 hours to reach there. gile penat! nasib baik tempat tu sejuk. kitorg stay kat pandu hotel lakeside parrapat. boleh recommend hotel ni. selesa jugak. ada 4 single bed.
esok tu after breakfast kat hotel, trus gerak ke lake toba naik boat. hohoho mummy dah start pening dah. mabuk laut. hadoi! sampai sane, pegi muzium batak dulu. nothing much to do there. just tengok-tengok hasil tangan diorg. pastu pegi lawat makam raja-raja. then jalan-jalan window shopping. dah setel tu, naik boat balik, pastu pakcik van tu bawak pegi lunch kat restoran istana. sedap nasi padang dia. mummy ni pasal makan sume sedap :p anyway, dah kenyang and solat, trus pegi ke berastagi. mak aii jalan dia gile lah. if you think jalan pegi genting and cameron tu teruk pusing-pusing dia, ni lagi spoloh kali teruk! mummy sampai muntah la.. hahaha malu skit. on the way tu kitorg singgah air terjun sipiso-piso. lawa and nyaman sangat permandangan dia. then, truskan perjalanan yang memeningkan tu. dah sampai berastagih, lega kejap. kat sini sejuk! macam cameron tu. pakcik van tu kata patutnya kene tdo kat sini 1 malam baru best. tapi nak wat camno, malam tu nak kene jemput ibu kat airport. oh, lupe nak crite, kitorg mandi sulfur kat berastagi tu. panas woo air dia. mummy main celup-celup kaki jek la. daddy, pak lang ngan paksu idan yang mandi. khayra no no no. demam tak baik lagi. dah penat mandi sume, trus g jemput tok ma.
kat town medan ni, kitorg stay kat alpha inn hotel. sempit skit, ade 2 single bed jek. breakfast kat hotel ni tak sedap. baik beli nasi lemak kat luar nun. anyway, khayra dah baik demam! demam terkejut kot, jalan jauh kan. hehe! arini plan kitorg untuk shopping saje. di mana? di pasar ikan!! fyi, name jek pasar ikan tapi bukan jual ikan. kat sini heaven dengan kain!! oh jadi gile untuk satu hari! siyes, sape yang masuk kat sini, tak kluar-kluar dah! hahahaha... luncheon kitorg arini kat restoran garuda, makan nasi padang. malam pulak makan kat wong solo. makan ayam penyet lagi, my fave!
arini tak de banyak sangat aktiviti sebab duit dah abis! hahaha... no lah. penat, so nak take it easy jek arini. pas bangun lambat, breakfast, kitorg jalan kaki gi mall diorg. pastu tunggu pak lang abis keje kat hospital, kitorg pegi lunch pastu balik hotel. malam plak kitorg naik beca gi merdeka walk. excited btol khayra tengok lampu sume. hehe. merdeka walk ni dah macam bintang walk dah haa. kat situ ada banyak kedai makan, ade playground, macam-macam lagi. happening la malam-malam pendek kata! mummy makan dim sum. sedap! khayra pun suke. mummy kasi yang veggie punye la.
last day kat medan. pegi abiskan saki baki duit yang ada kat pasar ikan. lagi. yes tempat tu best. dalam kul330pm, gerak pegi airport. flight kul530pm. luckily tak de delay kali ni. phewww...
below a few piccas. ade lagi tapi kat camera tok ma. blom upload lagi. layan jek la ape yang ade ni dulu eh :)


kafe lcct. sup ayam tak sedap!

kat ruang menunggu

lame sangat sampai tertido

dah sampai kat airport polania

pintu masuk university pak lang

ayam penyet yang sedap!

pak lang and pak su idan

kami di parrapat hotel

gerak pegi jeti nak naik boat ke lake toba

us

atas boat

budak demam tdo

depan muzium batak

sipiso-piso waterfall
background yang cantek. subhanallah.

gunung berapi kat blakang tu aktif tau! scary!

daddy tgh tunggu kami shopping. ngee!!

dinner kat merdeka walk

nak balik dah.. letih

there... rase macam tak cukup jek 5 hari tu. itu pun ade lagi tempat yang tak sempat nak cover. huhu. pasni nak g mane plak eh? mahu korea!

p/s : balik malaysia dah tak jadi jutawan dah. huahua!


Lots of love,
FYHA

6 comments on "Cerite jalan-jalan"

Unknown on May 18, 2011 at 2:28 PM said...

wah mmg cantek la background tuh....ciptaan Allah kan...

FYHA on May 18, 2011 at 4:22 PM said...

btol, bile tgk depan mata, masya Allah, kagum sgt.

~daRLee ZuRiS~ on May 18, 2011 at 4:31 PM said...

yea..yeaa..khayra dah naik belon!
:)

FYHA on May 18, 2011 at 5:14 PM said...

hehehe khysha bile lagi? (",)

Aja Khairuddin on May 18, 2011 at 10:08 PM said...

khayra is such a lucky girl, kecik2 dah pg obersi. hehehe...

FYHA on May 18, 2011 at 11:32 PM said...

excuse me cik aja, u duduk uk lg. haa!!! very the lucky jugak okeh! hehehe..

Post a Comment

 

NEW PHASE OF LIFE Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal