Tuesday, July 5, 2011

Cerite honeymoon


tadi blogwalking, terbaca kisah honeymoon orang. haha busybody skit. orang tulis kite bace, yek tak :p
neh, mummy pun nak story gak la. tetibe teringat, sambil tulis sambil senyum sorang-sorang. hikhikhik!

kitorg stay kat sini. owh lupe, kitorg honeymoon kat mauritius. dapat pakej deal yang menarik kat matta fair. 4 days 3 night. nak dijadikan cerita, time nak gi honeymoon ni, aduhai, banyak benar rintangan. orang nak gi honeymoon ni weh! geram. mase sampai klia kan, semangat membara ni. dah checked in, tunggu kat waiting room tu. tunggu punye tunggu, berjam-jam kot! mummy and daddy dah hangin dah ni. dah la tak bagitau apa-apa, last-last staf tu cakap, flight delay ke malam instead of pagi! LOL
luckily, diorg kasi complimentary bilik and lunch. sejuk skit ati ni. pan pacific klia, sape tak nak *wink*
then, malam, alhamdulillah, kitorg selamat berlepas. finally!

daddy tengah enjoy complimentary drink from legends (",) siap kasi towel suam-suam nak untuk muka. kitorg macam gayat tapi control macho lagi la. hikhik! tapi seriously, orang mauritius sangat friendly. tak macam certain hotel kat maaysia ni, senyum pun tak nak! kemut.

kat sane, kitorg join tour. satu hari jek, ni tempat diorg buat all sort of items made from glass. menarik la sebab tak penah tengok kan. slalu tengok kat tv jek.

ni dalam van tour, kat depan yang botak tu tour guide kitorg. dia cakap susah nak faham. kene dengar btol-btol

diorg ni agak hebat gak la bab buat model kapal ni. so kitorg pun terpegun skit lah :)

ni kat waterfall ape ntah nama dia. lupe dah. cantek jugak scenary dia.

see inai yang cepat pudar? huhuhukkk...

balik after meround satu mauritius. okeh, tipu la satu mauritius, tapi setengah mauritius. mauritius ni kecik jek. tapi banyak tempat nak tengok sebab permandangan yang cantek. kat sini hangat macam malaysia jugak. tapi kalo pegi musim sejuk, mungkin best la kot. ntah.

kat tengah-tengah tu bilik kitorg, kat ground floor. bleh tros lari-lari pegi pantai. hehe!

ni kat area waterfront port louise. kat blakang tu shopping complex diorg.

haaa ni market diorg. sebelah kiri, sume barang kraftangan. sebelah kanan, sume barang makan like buah, sayur and lain-lain. kat sini, sila la tawar setawar-tawarnye. beg dia cantek-cantek! geram tengok. untuk tok naani jek mummy beli 3! dang!

sini la tempat kitorg had our candlelight dinner! kat beach. nampak tak kat gambar tu time tu ada 3 couple yang ade candlelight dinner, termasuk kitorg la. actually, masa checked in tu, pihak hotel dah tanye dah nak dinner kat restaurant ke, bilik ke, beach? mesti la pilih beach kan sebab rase macam takkan ada dinner kat beach dah pasni! hahaha.. setiap meja ada waiter dia sendiri, pastu ade orang main gitar! best! makan sedap la sebab special kan (^.^)

ni rupe bilik kitorg. not that big tapi cozy kan. ehem ehem, ade crite klakar ni. masa tu time kitorg tengah lepak kat bilik, petang la masa tu, tetibe ada orang bukak pintu! dia guest kat hotel, before tu dia yang dok bilik ni. dia tertinggal barang and dia suruh cleaner tu bukak pintu untuk dia. cleaner yang baik hati tu bukak guna kunci dia and wallah!! dia dengan kitorg dengan cleaner skali terkejut! woaahhh daddy punye marah la, mummy nak gelak pun ade. hehe.. pastu malam mase gi dinner, manager hotel tu approached kitorg and cakap sori pasal kejadian tadi. the best part was, kitorg dapat dinner kat restaurant yang paling exclusive kat hotel tu, makan jek apa-apa kitorg suke, sume hotel yang setel! wahahahahaha!!!! best gile okeh! dah la malam last kat situ so kitorg macam berbunga-bunga lah!

kat hotel ni dia ada beberapa restaurant. ni one of them. restaurant ni untuk bbq jek :)

before balik, sempat lagi singgah town untuk abiskan duit saki baki tu. rase macam nak terbakar jek kulit. konon kl sejuk la kan :

dah sampai klia dah. over all, it was fun. percaya tak, punye lama kat situ, kitorg mandi laut ade la 2-3 jam jek! laut depan mata tapi, sebab excited terlebih nak berjalan, laut pun tak pandang. dah balik rase macam rugi plaks. tak pe la, angan-angan nak pegi lagi, bawak anak plak. mase tu tak yah shopping la, mandi laut, tido, makan. mungkin kah?

p/s : sori daddy terpakse jadi model untuk entry ni. mummy tak pakai tudung lagi time neh. erkkk....


Lots of love,
FYHA

0 comments on "Cerite honeymoon"

Post a Comment

 

NEW PHASE OF LIFE Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal