Friday, May 4, 2012

Bersatu jua akhirnya


syukur ke hadrat Illahi, majlis berjalan lancar. mak ngah dah selamat dah jadi isteri enche apit. welcome to the family ya!

wow, memang sangat fenats la weken lepas. pas majlis abis, rase lega, tak yah dah pikir pasal kenduri lagi. kitorg balik seremban rabu malam lepas, and mula la tolong buat preparation skit-skit. relatives pon start datang kamis malam, so agak meriah jugak la malam tu. then, jumaat pagi sibuk masak untuk lunch, ada yang kemas umah and siapkan apa-apa yang patut. pastu, pas solat jumaat, mula la majlis akad nikah. cuaca masa ni cantek, tak de tanda-tanda nak ujan ke apa. alhamdulillah la dipermudahkan sumenye. malam plak majlis berinai. first time mummy daddy merenjis. kihkihkih gayat skit! pastu setel, ada briefing untuk tugas masing-masing.

esoknye yang lagi fenats tu, reception. tugas mummy senang jek, jaga mangkuk tingkat dengan dessert table bahagian vip. kata mak buyong, tugas camni jek yang mummy larat buat. nak ke hulu ke hilir memang tak dapat la kan. mengah mak! huhu... mangkuk tingkat untuk apa? biasanye, ni orang negeri la, kita akan sediakan mangkuk tingkat yang berisi nasi and lauk-pauk kenduri untuk family pengantin sebelah sana. macam buah tangan la gitu.

hari terakhir, majlis bertandang. ni tak fenats la, gi menghantar and makan jek. family laki ni orang labu so dekat jek la. and oh, mummy dapat kat meja pengantin! gayat lagi. hahaha...

dah setel sume majlis, bertungkus-lumus kemas umah pulak. mujur daddy cuti isnin so bleh la buat skit-skit. dah siap sume, rasa nak patah pinggang pon ada, tapi berbaloi-baloi. hehe.... bukan slalu kan.


the pengantins

err bukan mummy yang kasi candy ni yek, harap maklum

berpeluh-peluh anak dara ni haa..

gambar mummy tak de la kat sini. dalam lappy tk ma la plak. lupe nak transfer. hukhuk. anyway, mummy doakan agar kedua mempelai ni akan bahagia hingga ke akhir hayat. cepat-cepat dapat baby, kasi kawan kat adik khayra ni tau.


Lots of love,
FYHA

0 comments on "Bersatu jua akhirnya"

Post a Comment

 

NEW PHASE OF LIFE Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal