Thursday, January 31, 2013

Jalan-jalan carik makan

0 comments
last week family daddy and kitorg cube satu tempat kat area kelana jaya, restaurant las vacas.

before datang kitorg buat reservation dulu kot penuh since public holiday. location dia strategic jugak, senang nak carik. environment dia ok, not bad. sesuai untuk family. time nak order tu cam gayat gak la sebab banyak sangat jenis daging. and oh, kitorg time tu sume teringin nak makan steak. heheh.

masa nak order, kene mintak tolong waitress tu suggest mana yang sedap. sume orang pon excited nak try satu jenis daging ni called 'wagyu'. kalo nak tau, 100g daging wagyu cost rm60. hmm better believe it sebab saye tak tipu. standard cut diorg 280g kot kalo tak silap. so darab lah sendiri huhu... kitorg order lain-lain menu so that sume bleh rase sorang skit. starter kitorg amik meat wrap.

order nak sampai tak de la lama. dalam 1/2 hour ada kot, ntah dah lupe sebab takde yang complain so waiting time was not an issue. sape-sape yang tak suke tunggu lama bleh datang sini lah. of cos they served starter dulu kan, meat wrap. masya Allah!!!! sangat sedap!! the gravy, the vegi and the meat, oh sangat lah lembut. i think i can finish the whole plate by myself kalo kami tak sharing time tu. hehe! then came yang lain-lain. my goodness! memang super sedap! i cant stop thinking about the taste sampai skrang so bleh imagine tak sedap dia macam mane. memang tak rugi la sape-sape yang try makan kat sini.

bonus point, the daging all halal. sape tak suke? (",)

p/s : ada dua location restaurant ni, satu di kelana jaya, satu kat mont kiara. happy trying!


Lots of love,
FYHA















Tuesday, January 29, 2013

Adik can eat!

5 comments
khaleef loves his food alhamdulillah...

yes, dia dah 6 months and boleh dibenarkan makan heheh! bunyi macam kejam jek kan. haha.. tak de la, standard la tu, kasi start makan at 6 months kan. kalo ada yang bagi before tu kot apa-apa jadi kat baby, padan muke jek mummy cakap. macam tak tau perut baby tak mature lagi, pi bagi makan tu sapa suruh kan. tu cari penyakit nama nya. ooppss ter'emo' plaks.

anyway, mummy start dengan husk biscuit+ebm time brunch, cerelac beras merah utk petang merangkap dinner. at first, kakak pon tumpang sekaki jugak so kene buat lebih. biase la mula-mula kakak yang seronok tengok adik dah bleh makan. adik pon lagi la seronok dapat makan. asek tengok mummy daddy kakak eat jek, hehe sian. minggu ni bleh la start buat bubur nasi plak. bukan apa, saje ajar makan cerelac jugak sebab kot la time travel or shopping, jenuh plak nak carik bubur nasi kalo dia tak ajar dia makan cerelac tu.

besides makan, khaleef dah merangkak. what??!!! cepat kan? dia meniarap skit mula-mula then tros angkat montot practice merangkak. now bleh la merangkak a few times. i am so surprise la of cos sebab cepat sangat. maybe tak sabar nak catch up kakak dia kot. ada harapan nak jalan before 1 year old kan?


Lots of love,
FYHA

Thursday, January 10, 2013

Jangan jadi anak derhaka

0 comments
Tidak ada siapa yang mahu dicap sebagai anak derhaka, demikian juga yang terjadi kepada Alqamah. Sejak remajanya lagi Alqamah sentiasa memberi layanan yang baik kepada ibunya. Tidak pernah kasar kepada ibunya. Diceritakan, apabila tinggal berasingan dari ibunya, dia akan singgah menjenguk ibunya setiap hari ketika berulang-alik ke masjid.
Bagaimanapun, sikap Alqamah berubah apabila mendirikan rumah tangga. Kasih dan tumpuan sudah diberi kepada isteri tercinta, lalu sering terlupa pada ibu sendiri. Si ibu sudah jarang diziarahi hingga akhirnya si ibu memendam rasa terhadap si anak. Tidak ada siapa yang tahu hal ini, malah Alqamah sendiri pun tidak dapat mengesan gejolak hati ibunya. Hanya setelah Rasulullah SAW sendiri “menyoal siasat” si ibu kerana Alqamah tidak mampu mengucap syahadah dalam nazaknya, barulah perasaan yang terpendam itu diluahkan. Itu pun setelah Rasululah memerintahkan sahabat-sahabat menghimpun kayu api dan mengancam untuk membakar Alqamah. Akhirnya si ibu memaafkan anaknya itu, barulah Alqamah dapat mengucap syahadah dan menghembuskan nafas terakhir dalam redha ibunya.
Mengambil iktibar dari apa yang berlaku pada Alqamah, timbul persoalan kenapa boleh berlaku hal seumpama itu sedangkan hubungan menantu-mentua telah diatur dengan begitu cantik di dalam Islam. Islam menetapkan, apabila seorang lelaki berkahwin, bererti dia mengembangkan keturunan keluarganya. Isterinya adalah orang baru dalam keluarga itu yang harus diberi perlindungan, pembelaan dan diberi nafkah secukupnya oleh suaminya sebagai wakil keluarga.
Manakala keluarga sebelah isterinya walaupun ‘kehilangan’ seorang ahli tetapi dalam masa yang sama, mendapat jalinan hubungan dengan keluarga baru di mana kedua-dua keluarga wajib saling berhubungan (menjalin silaturrahim). Hubungan kedua-dua keluarga ini adalah dengan ketetapan bahawa anak perempuan tadi harus ‘tunduk’ di bawah wilayah tadbir keluarga suaminya dan akur dengan resam budaya keluarga itu selagi tidak melibatkan pelanggaran syariat.

salah satu azam this year, i want to be a better person, as a wife for starter.

alhamdulillah, keluarga mertua sangat baik, memahami dan terima saye seadanya. sebagai isteri, sepatutnye kene lebihkan keluarga suami dari keluarga sendiri kan? tapi tak, saye samakan kedua-dua family. the concept is simple, syurga isteri di tapak kaki suami, tapi syurga suami di tapak kaki ibunya. jadi apa yang mummy buat tu btol ke salah? astagfirullah, kene banyak blaja lagi ni.

macamane saye layan mertua yek? hmm... misalnya, kalo balik ke umah hubby, tolong mertua masak. tak masak sendiri sebab saye tau hubby mesti rindu masakan ibu dia kan. skang ni susah skit nak tolong, kadang-kadang khayra tu tak bleh nak handle, dengan khaleef lagi. pastu, amik hati mertua macam layan dia bercerita, saye pulak cerita kerenah cucu dia kat umah sebab dia mesti suke nak dengar, ajak dia jalan-jalan ke makan-makan ke. harap-harap gembire lah hati mereka.

as for my husband, sori kalo selama ni kurang sensitif bab-bab family ni. tolong tegur kalo saye terlupe next time. i love you.

p/s : khayra and khaleef, someday you guys will get married. please take this story of alqamah seriously. love you both.


Lots of love,
FYHA

Wednesday, January 9, 2013

Macam macam hal

0 comments
scene 1
staff nurse nak check temperature khaleef. letak termometer bawah ketiak. sebelah tangan dia mummy yang pegang, tak mo dia capai termometer tu. sebelah tangan lagi nurse tu pegang sambil main-main dengan dia. khaleef tak puas hati jugak, dia cuba capai guna mulut dia. beria bongkok konon dapat la tu. haha clever!

scene 2
mummy pi dapur. khayra and khaleef play together. suddenly, kakak nangis jerit-jerit. mummy beriye tengok apa jadi. as usual, adik tarik rambut kakak, used both hand plak tu. patut la kakaknye jerit kesakitan. huhu..

scene 3
mummy masak udang sambal petai. masa nak makan, bukak la tudung saji. tibe-tibe khayra jerit 'ucuk!!!', sambil muka macam nak nangis. banyak kali dia jerit sambil lari sana sini nak cari spot yang tak bau. ada jugak dia tarik nafas dalam-dalam and hembus kuat-kuat pon tak jalan jugak. last-last pi bilik air, tengok dia tengah basuh nose dia. lawak gile weh!!!!

scene 4
mummy tengah watch tv. the kids tengah main. mula-mula mummy tengok kakak cium adik dia. then, main jari-jari adik dia. tibe-tibe adik menangis kuat. mummy tengok jari, hmmm dah bertanda dah, kakak gigit jari adik. geram sangat kat adik sampai gigit jari adik ke kakak? adoyai..

scene 5
dinner dengan family daddy. sedang sume sibuk makan and amik makanan (steamboat buffet), khayra plak main-main keliling meja kacau sume orang. suddenly, kakak pi kat adik, then tengok adik tengah kecap-kecap mulut dia. laaa si khayra sumbat adik dia mint choc icecream *tepukdahi*

makin besar makin macam-macam perangai masing-masing. sabar yolah!

p/s : khaleef dah jatuh katil dah. haihhh....


Lots of love,
FYHA

Hidup berjiran

0 comments
neighbors. penting ok!

umah kitorg ni townhouse, and ours kat tingkat atas. so, ada jiran bawah umah and sebelah umah. jiran bawah, baik dan the kids sangat suka khayra. dengar jek suara khayra, diorg mesti jerit panggil. comel jek. jiran sebelah kiri, hmm tak brapa kenal sangat sebab dinding tinggi, tak nampak orang. plus, mummy ni pemalas nak keluar turun bawah. sidai kain sume buat kat atas. but jiran sebelah kanan, they are the best!

they are married couple. friendly, down to earth and tak berkire kind of people. jarang jumpe quality macam ni nowadays kan? dulu, kitorg kan ada bela kucing, bile time balik kampung, diorg ni la yang tolong jagakan tabby. bagi makan, ubat kalo sakit. ada satu tahap tu, tabby lagi dengar cakap dia dari kitorg. bayangkan?! they love cats. kucing yang terbiar kat area ni diorg yang kasi makan. moga murah rezeki diorg.

masa mummy sakit dulu, diorg lawat datang umah. masa buat aqiqah khaleef kat kampung, they came. masa khayra demam, they bought her fruit. see, they have a big heart kan? we are so lucky to have them as our neighbor. kite pon macam typical jiran jugak, exchange dishes. tapi mummy rasa kalo sedap baru kasi, kalo tak, malu la haha lol

tapi, overall, kat area ni sume jiran tak sombong. kalo terserempak ke, mesti angkat tangan or senyum la paling kurang pon (",)

p/s : jiran depan umah ai artis tau hehehe.... dia ok ok jek


Lots of love,
FYHA

Tuesday, January 8, 2013

Zara is turning two!

0 comments
last weekend kitorg attended birthday party zara, auntie kepada khayra and khaleef. hehe auntie kecik molek.

khayra at first agak moody sebab baru bangun tido. khaleef senyum sokmo sepanjang party tu. yes, anak bujang ni sangat lah pemurah dengan senyuman and dia tak kisah sapasapa pun dukung dia. good boy.

actually, lama dah tak jumpe family paksu ni (zara's family). rasanya since august last year kot. i was hoping to see family makngah jugak but no show. Tak pe la, takde rezeki. around 6 something kitorg pun gerak balik. banyak gile mummy tapau, best food dia, ada laksa, spaggeti, ayam and lamb bbq, sandwiches, potato salad. blom campur dessert lagi tau huhu. anyway, we had fun that day.

p/s : mula dah dalam kepala mummy nak buat birthday party khayra plak (^.^)


Lots of love,
FYHA









 

NEW PHASE OF LIFE Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal