Thursday, January 10, 2013

Jangan jadi anak derhaka


Tidak ada siapa yang mahu dicap sebagai anak derhaka, demikian juga yang terjadi kepada Alqamah. Sejak remajanya lagi Alqamah sentiasa memberi layanan yang baik kepada ibunya. Tidak pernah kasar kepada ibunya. Diceritakan, apabila tinggal berasingan dari ibunya, dia akan singgah menjenguk ibunya setiap hari ketika berulang-alik ke masjid.
Bagaimanapun, sikap Alqamah berubah apabila mendirikan rumah tangga. Kasih dan tumpuan sudah diberi kepada isteri tercinta, lalu sering terlupa pada ibu sendiri. Si ibu sudah jarang diziarahi hingga akhirnya si ibu memendam rasa terhadap si anak. Tidak ada siapa yang tahu hal ini, malah Alqamah sendiri pun tidak dapat mengesan gejolak hati ibunya. Hanya setelah Rasulullah SAW sendiri “menyoal siasat” si ibu kerana Alqamah tidak mampu mengucap syahadah dalam nazaknya, barulah perasaan yang terpendam itu diluahkan. Itu pun setelah Rasululah memerintahkan sahabat-sahabat menghimpun kayu api dan mengancam untuk membakar Alqamah. Akhirnya si ibu memaafkan anaknya itu, barulah Alqamah dapat mengucap syahadah dan menghembuskan nafas terakhir dalam redha ibunya.
Mengambil iktibar dari apa yang berlaku pada Alqamah, timbul persoalan kenapa boleh berlaku hal seumpama itu sedangkan hubungan menantu-mentua telah diatur dengan begitu cantik di dalam Islam. Islam menetapkan, apabila seorang lelaki berkahwin, bererti dia mengembangkan keturunan keluarganya. Isterinya adalah orang baru dalam keluarga itu yang harus diberi perlindungan, pembelaan dan diberi nafkah secukupnya oleh suaminya sebagai wakil keluarga.
Manakala keluarga sebelah isterinya walaupun ‘kehilangan’ seorang ahli tetapi dalam masa yang sama, mendapat jalinan hubungan dengan keluarga baru di mana kedua-dua keluarga wajib saling berhubungan (menjalin silaturrahim). Hubungan kedua-dua keluarga ini adalah dengan ketetapan bahawa anak perempuan tadi harus ‘tunduk’ di bawah wilayah tadbir keluarga suaminya dan akur dengan resam budaya keluarga itu selagi tidak melibatkan pelanggaran syariat.

salah satu azam this year, i want to be a better person, as a wife for starter.

alhamdulillah, keluarga mertua sangat baik, memahami dan terima saye seadanya. sebagai isteri, sepatutnye kene lebihkan keluarga suami dari keluarga sendiri kan? tapi tak, saye samakan kedua-dua family. the concept is simple, syurga isteri di tapak kaki suami, tapi syurga suami di tapak kaki ibunya. jadi apa yang mummy buat tu btol ke salah? astagfirullah, kene banyak blaja lagi ni.

macamane saye layan mertua yek? hmm... misalnya, kalo balik ke umah hubby, tolong mertua masak. tak masak sendiri sebab saye tau hubby mesti rindu masakan ibu dia kan. skang ni susah skit nak tolong, kadang-kadang khayra tu tak bleh nak handle, dengan khaleef lagi. pastu, amik hati mertua macam layan dia bercerita, saye pulak cerita kerenah cucu dia kat umah sebab dia mesti suke nak dengar, ajak dia jalan-jalan ke makan-makan ke. harap-harap gembire lah hati mereka.

as for my husband, sori kalo selama ni kurang sensitif bab-bab family ni. tolong tegur kalo saye terlupe next time. i love you.

p/s : khayra and khaleef, someday you guys will get married. please take this story of alqamah seriously. love you both.


Lots of love,
FYHA

0 comments on "Jangan jadi anak derhaka"

Post a Comment

 

NEW PHASE OF LIFE Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal