Monday, December 30, 2013

Ke pantai timur kali ni


as promised, ni the last vacation for year 2013.

lokasi kali ni ialah kuantan. kali ni jalan-jalan dengan family daddy pulak, 3 hari 2 malam. gerak pagi jumaat, konvoi 2 kereta. sedih skit mak ngah tak join wuwuu. anyway, perjalanan ok, jam skit kat area cheras (ikut lekas nak kluar ke mrr2), karak highway pon clear, kitorg kluar exit temerloh sebab sebab sebab nak lunch ikan patin!!!!!!! dap dap nyeeee...... walaupon kat medan selera, peluh meleleh-leleh, sempit padat bagai kedai dia, tetap! kedai ni memang penuh jek senantiasa. kitorg pon kene tunggu kejap tapi tak lama pon. kat sini nak amik lauk ikan patin pon kene beratur panjang tau! rasa dia masya Allah sedap gile!!!!!!! rase fresh ikan dia, tempoyak dia secukup rasa. memang tak nyesal la datang sini. mesti makan tak pandang kiri kanan dah hehehe.. 





then dah kenyang, troskan perjalanan ke berserah kuantan. sampai around 3pm. kitorg stay kat swiss garden resort & spa. service diorg cepat jugak. takde la tunggu kat lobby lama sangat walaupon kitorg book 2 bilik. lepas solat rehat skejap, tros, terjun pool! ala budak-budak dengan bapak budak jek la. mak budak ni nak round-round tengok keliling resort dulu. best jugak la sini, cantik permandangan, ada playground, pool dia besar both kids punye and adult jugak, ada jakuzi, lobby luas and elegant. oh yek, lupa plak pasal bilik. bilik dia not bad (tak sebesar avillion aritu) tapi just nice la. bilik kitorg ada 2 single bed, kitorg rapatkan pastu bentang toto (wajib bawak kalo dengan family daddy sebab ramai na hehe), bleh lagi tido 3 orang kat bawah tu. tak kisah la sebab bukan nak lepak bilik kan, takat untuk tido solat tu ok la kan.



malam kitorg dinner kat area berserah kuantan jek, tak larat nak pi tanjung lumpur sebab lapar sangat hehe!! makan dia sedap jugak tapi ikan dia limited la, ada ikan pari ngan siakap jek, sotong ketam. 



the next day, bangun pagi-pagi, around 9am gerak gi breakfast di kemaman! jauh skit la hehe. nak nasi dagang punye pasal huhu. 



then dah kenyang, kitorg jalan-jalan area kemaman, tunjuk skit kat budak-budak ni kampung nelayan. orang kata jauh perjalanan luas pengalaman hehe. nanti dah besar korang travel la sendiri lagi jauh yek anak-anak. 





petang tu gerak balik area kuantan, balik hotel solat sume then kuar makan balik. terjah kedai mok na, makan celup-celup tu. ala-ala macam sotong goreng tepung tu la lebih kurang tapi sume pon celop tepung. ada sotong udang ikan macam-macam lagi la. ada lagi satu yang famous, pok su mok su tapi penuh gila. malas nak sesak-sesak so pi kat mok na aje.



pas kenyang, balik hotel terjun pool. kali ni mummy join skali hehe! malam, sume cam malas nak kuar, so kitorg tapau dinner makan dalam bilik jek. 

pagi esok tu, macam biasa la before check out, haruslah bawak khayra mandi pool sampai puas kan. dia sronok sangat dapat main pasir, tengok ketam ngan kutip seashell dengan daddy. mummy tak ikut sebab teman adik tido wuuwuu. adik bangun jek mummy teman adik plak main kat tupai kids club and jalan-jalan around resort sementara kakak siap kat atas ngan daddy.




itu la penutup vacation taun ni. since hujung taun, cuaca kat area pantai timur ni mendung jek, jarang nampak matahari. so tak de la tan sangat kulit dak khayra ni bile mandi pool hehe. tapi tak leh la nak mandi laut sebab ombak dia ganas, menakutkan tengok. angin pon kuat jugak. area yang banjir kat kuantan and kemaman, so far yang kitorg lalu sume dah ok. cuma ada certain tempat jalan dia berlumpur skit. memang wajib basuh kereta bile balik seremban huhu..


Lots of love,
FYHA

0 comments on "Ke pantai timur kali ni"

Post a Comment

 

NEW PHASE OF LIFE Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal