Thursday, December 16, 2010

Nak cantek jugak

2 comments
camane nak cantek jugak tapi ala-ala muslimah macam la. slalu kalo g beli top kan, konon nak stylo la sket. but then i ended up beli blouse macam mak cik! tak pun macam budak skolah. tapi budak skolah skrang pun pandai dress up lah. gahh... rase macam dah tua pulak ni. konon surf internet carik sumber inspirasi. mereka ni pandai mix n match. ada skali nak cuba lah, haks macam burok jek mommy pakai. nape orang lain pakai cantek?! *stress*




image by marie clare

Dian Pelangi


haa nampak tak nampak tak? cantek kan? tapi mereka ni pakai berlapis-lapis. malaysia ni panas lah. rimas dan tak dapat bernafas dalam baju tu nanti (haihh banyak songeh plak aku nih tapi nak cantek!) tak pe lah kene cuba pelan-pelan. mungkin cantek satu hari nanti. ngeh ngeh!

p/s : brape banyak word cantek lah dalam entry ni. owh entry ni bukan pasal khayra obviously (",)


Lots of love,
FYHA

Wednesday, December 15, 2010

8 Fakta Tentang Darlee Zuris

3 comments
hehe first time nak masuk blogging contest ni. hadiah pon cam menarik jek. ada harapan kah? hohoho... mari kite revise balik tentang puan zuris ni....

1. sangat sangat sayangkan kysha and daddy. tak sanggup tengok aby sakit or nangis jerit-jerit *sob*
2. suke travelling. macam almost every weekend asek berjalan jek keluarga bahagia ni *likes*
3. sedang mencarik-carik orang untuk menjage aby *kire tak?*
4. takut cicak! kihkih... hantu pun kan. gagagaga!
5. kecik comel lote jek orangnye. suke tenyum. auww!
6. owh owh kamu duduk di ipoh. kihkih....
7. dah panggil name kysh since aby dalam pewut lg. alololo....
8. zuris sangat bertuah sebab hubby teman skali bg semangat dalam labour room. kite kene push sorang-sorang. huhu!

haa... ok tak? ok la tu kan... just try my luck. mane tau zuris terbukak hati suke plak. ngeh ngeh! *fingers crossed*

the 3 of us
curik gambar yek zuris *wink*

p/s : sape yang interested, try la contest ni. gud luck!


Lots of love,
FYHA

Tuesday, December 14, 2010

Drop dead cuteness

4 comments
sila jangan muntah dengan title di atas. lalalala. owh, khayra dah officially 8 bulan dah.


sayang budak ni banyak-banyak

p/s : dah pandai tolak muka orang kalo nak cium dia. khayra tau tak khayra ni baby lagi? kasi la mummy cium banyak-banyak! *grrrr*


Lots of love,
FYHA

Budak suke makan

2 comments

budak yang tak bleh tengok orang makan. dia pun nak jugak. tengok tarik-tarik baju mummy. haihh... anakku....


Lots of love,
FYHA

Monday, December 13, 2010

Jalan-jalan on weekend

0 comments
last weekend, the 3 of us tido kat umah damansara for the first time after khayra lahir! percaya tak? hahaha.. berabuk umah sewa ku itew! anyway, sampai kl, kitorg g the curve dulu. mission utama, mencari casing untuk daddy's new toy. mummy pun tumpang sekaki lah. mane bleh daddy dapat sorang. hukhuk!
then, next mission, nak makan ayam penyet. lame woo tak dapat, since dok seremban ni. takde orang nak bukak ayam penyet ke kat seremban? saye akan jadi customer awak yang paling setia. ngeee...
pastu, mummy ingat untuk dinner khayra, mummy nak beli jek kat kedai. ala yang macam heinz tu tapi brand lain. petite ke? khayra suke yang tu. skali round punye round, tak jumpe jugak. aritu beli kat one utama. ingat the curve ada la jugak tapi takde. tetibe, mummy nampak kiosk baby ambrosia. penah dengar tak? mummy penah bace la kat blog kawan, dia bagi anak dia makan. dia kata sedap. so mummy pun try la.. mummy beli perisa chicken and vege, fruit oats. mummy try kasi yang chicken and vege tu. hahahahah gile khayra tak suke. lawak sangat muke dia. rugi btol tak amik video. dia siap mulut ternganga sebab tak mo makanan tu kene lidah dia and apatah lagi nak telan makanan tu kan. muke dia berkerut-kerut. kihkihkih! maybe banyak rasa pumpkin kot sebab rase manis jek. yang fruit oats tu tak test lagi. kali ni mummy konfem akan videokan. tunggu yek next review hot mamas!

khayra loves the xmas deco!

jantung hati mummy

khayra tak takut pony!

daddy punye, mummy jeles skit

see my bling! i loike!

ni khayra punye yang tak abis

p/s : weken ni harus pegi damansara lagi untuk continue packing. huh!


Lots of love,
FYHA

Thursday, December 9, 2010

Satu masa dahulu

7 comments
apa yang mummy nak cerita ni, pengalaman yang mummy and daddy sama-sama lalui. mungkin ada yang penah mengalami atau sedang mengalami. tetibe terbukak hati nak crite.
kami kawen akhir tahun 2007. for the first year of marriage, kami fikir, baby, kalo cepat alhamdulillah, kalo blom lagi, its ok. lagipun macam ingat nak berfoya-foya dulu sebelum dapat baby. nanti banyak lagi responsibilities kan. jadi wife pun tak graduate lagi. at least that's what i think at that time. masa tu ada jugak yang dah start tanye, "dah pregnant blum?". masa ni tak de la terasa sangat sebab baru kawen so what the heck. just ignore orang-orang macam ni.
but then, after second year approached us, still no sign of baby. mummy dah rasa macam tak best. i felt very low self-esteem and embarrassed of myself of not being pregnant. sedangkan kawan-kawan mummy mostly, after kawen jek trus conceive. argghh hari-hari tension sangat. pegi mane-mane pun orang akan tanye. tak suke! every nite, mummy akan nangis. sampai daddy pun serba salah tak tau nak buat apa. mummy jadi pemarah dan cepat stress. nasib baik dapat ibu and ayah, both mertua yang sangat memahami. diorg pun tak pernah nak tanye. mereka menjadi silent supporters untuk kami. tapi kalo diorg tanye, haihh tak tau la mummy nak jawab.
mummy ada jugak tanye kat kawan-kawan yang pregnant or yang dah ada baby, apa yang diorg amalkan untuk conceive. kebanyakan sume cakap, usaha tangga kejayaan. heh! *wink* anyway, satu hari, kitorg decide untuk cuba produk biodex. gile mahal eh! spent rm300 at least. dah la barang-barang tu sume tahan untuk 2 weeks pastu kene beli lagi. so kesudahannya, kami cuba hanya untuk sebulan lebeh jek. tak larat lah.
then, try la google itu ini. finally, mummy amalkan iron folic setiap hari without missed! pastu mummy tak minum langsung coffee and tea. exercise? anggap jek tempat keje turun naik tangga tu exercise. huhu.. malas! time ni mummy and daddy redha dengan keadaan kami. orang-orang yang akan memberi kesan negative pada mental kami, kitorg jauhkan. kitorg mula calm down, dan tak stress dah. bagi kami, go with the flow. kalo ada, ada la, xde, cuba lagi. yang penting kami tak stress lah. right after 3 months, mummy disahkan pregnant! ya Allah, masa tu gembira tak terhingga. rasa syukur ya amat.
Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Dia tahu bile kite benar-benar bersedia untuk pikul tanggungjawab yang berat tu. yela, zuriat bukannya barang untuk kita tolak sini sana. mungkin awal perkahwinan kami tak bersedia lagi, dari segi fizikal, mental dan yang penting ekonomi. dengan berkat kesabaran dan usaha, ekonomi makin pulih dan masa yang sama, datang pulak berita gembira ni. memang kire perfect timing lah! lagipun rezeki datang tanpa kita rancang. bile difikirkan, time dapat tahu mummy pregnant dulu, memang mummy sangat terkejut. kalo mummy pregnant early marriage dulu, mungkin mummy tak seterkejut macam tu. yela, kawen pastu trus pregnant, standard la tu kan. jadi pengalaman ni lagi membuatkan mummy lagi bertambah tambah la sayang dengan little coro ni *loves*

p/s : kuatkan semangat kepada sesiapa yang sedang mengalami kejadian ni. its just a phase. doa banyak-banyak. usah peduli orang lain. aja aja fighting!


Lots of love,
FYHA

Sunday, December 5, 2010

Update skit

0 comments
dah siap basuh rumah. next, kene start packing. ok malas. boleh tak barang-barang tu masuk dalam kotak sendiri then unpack balik kat rumah baru tu? huh....


Lots of love,
FYHA
 

NEW PHASE OF LIFE Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal