Tuesday, September 24, 2013

Cuti cowboy

0 comments
port dickson pulak la. lama dah tak ke sini. 














kat sini kitorg decide nak stay kat eagle ranch. why? ekonomi dan menarik tempat dia ngeee... duu time keje penah datang sini untuk team building, tu yang beriya suggest kat daddy. plus kitorg p dengan kawan, auntie yati and dia pon penah stay sini time family day company dia, dia pon suka tempat ni so geeen light, tros booked. sapa nak stay sini kene book awal, slalu fully booked. kalo tak nak sesak-sesak, stay malam weekdays macam kitorg. lengang jek, mandi pool pon buat macam umah sendiri huahua. 

sini yang menarik dia ada banyak aktiviti. kite cite pasal bilik dulu, dia ada a few choices, korang bleh stay bilik tepee ala-ala red indian macam kitorg stay, ada kampung house, log house, bandwagon even dorm pon ada. best kan! paling mahal pon around rm230 rasa nye so affordable la, sapa-sapa pon bleh stay. kat sini korang bleh main go-cart, paintball, achery, naik kuda. dulu ada atv, tak sure ada lagi ke tak, lupe nak tengok. kitorg ni tak dan la naik main sume tu sebab budak-budak asik tarik ke pool ajo. 

port dickson sinonim dengan laut kan. ok laut kat sini jauh, hahaha! lupe kan hasrat kalo korang nak mandi laut bile stay sini. main jek apa ada kat ranch tu sudah. tu pon tak cukup masa nak buat suma tu unless korang dudu situ 2-3 hari ok la kot. masa breakfast kat sini not bad jugak, sedap. choice dia pon boleh tahan la. malam dinner kitorg g kluar town pasir panjang, situ ada jeti, ada kedai makan ikan bakar. nampak fresh and masak pon sedap. harga pon ok, tak de cekik darah hehe. boleh datang sini lagi. 

then esok, after check out, kitorg lunch kat kedai cowboy jugak. amboih, tema cowboy ko kali ni kan. hahaha! kite makan nasi kukus ayam panggang. sodap eh ayam dia siyes! slalu lalu jek kt kedai ni, asal lalu mesti penuh ngan umah manusia. tu yang nak try tu. memang tak nyesal la. kali ni tak ramai sebab yes, sbb weekdays. kelebihan weekdays hehe. 






dah kenyang tu sume pulang ke destinasi memasing. budak dua ni of cos happy sangat dapat jumpe friends kan. mak apak pon happy gak dapat jumpe friends lalalalala!

p/s : boeh datang lagi, next time hope lagi ramai bleh buat bbq. menarik tertarik? (^.^)


Lots of love,
FYHA

Thursday, September 19, 2013

Damai yang mendamaikan

0 comments
maybe kitorg ni suka dengan perak hehehe. ke lumut kite kali ni (^.^)











kali ni kitorg stay kat damai laut swiss garden hotel and resort. bleh la kasi 3/5 star. 3 jek? cukup la kot hehe, tempat dia takde banyak bende pon. dah la kene masuk jauh ke dalam. so bila dah masuk mesti malas nak kuar balik huahua. tapi tempat ni agak calm and quiet. sapa yang nak tenangkan fikiran memang sesuai sangat datang sini. laut dia erkkk, ada jellyfish. mandi bleh, kalo kene tanggung sendiri muahaha! so kitorg mandi pool jek la. khayra pon tak heran sangat laut, dia takut ombak. still. 

since dekat dengan laut, kat sini kitorg melantak seafood for dinner, mee udang untuk minum petang. ada gak kitorg beli ketam fresh kat tepi jalan pastu balik apartment kitorg rebus. ok la tu kan, saje jek nak ratah-ratah sambil makan mee tu. 

oh, sini pool dia agak dalam for adult. dia takde macam pool yang makin lama makin dalam tu. Dia ada tangga pastu tros dalam. ai ni pendek, terjengket-jengket tau nak join family member yang lain. dah ler tak reti berenang wuuwuu! ok, that's not the point. the point is, make sure your children stay in their pool, jangan nak ngada-ngada nak pegi pool adult. bahaya weh! penah ada kes lemas ok, parents budak tengok anak dia ada, skali pandang dah takde, rupenye dah kat bawah dasar kolam dah. so no no! dok diam-diam dalam pool masing-masing. 

p/s : weekend ni pon ada weekend getaway lagi! suke-suke. bajet cam pegi jauh kan, pegi port dickson jek pon haha! lol


Lots of love,
FYHA

Monday, September 9, 2013

Penutup aidilfitri

0 comments
small gathering dengan ex-schoolmates (^.^)








tula gaya bila kumpul reramai. ni ada yang tak de ni kalo tak lagi sronok. budak-budak dari awal sampai balik tak dok diam. dengan mandi pool, main toys, buat konsert, berkejar-kejar. bile time nak balik, memasing liat buat tak dengar jek mak masing-masing soh salam cakap goodbye hehe! mak ngan ahpaknye plak aktiviti makan gossip makan gossip lagi bahaha! teruk!

next time aktiviti nak berbbq plak. kene survey port dulu. hopefully pasni ramai lagi la yang bleh join kan. 

p/s : punye la letih, khayra tertido sambil duduk kat sofa, adik plak terlelap masa makan sambil duduk dalam high chair dia hehehe...


Lots of love,
FYHA

Thursday, September 5, 2013

I salute you cikgu

0 comments
dugaan cikgu zaman skrang..


rasa dulu 80% dari list kat atas dah pernah kene kot wuuwuu! padan muke diri sendiri la kan, sape soh nakal sangat (*_*)

dulu pas kene rotan ke, kene cubit kat perut ke, balik sepatah haram pon tak bagitau kat parents tau. gila hape, kang ditambah lagi habuan, huishh takmo takmo. so, sendiri makan, sendiri simpan la. apa pon thanks to them, both parents and teachers, saye jadi manusia arini. ala, kene dulu sebab tak siap homework la, tak lancar sifir la, bla bla bla. dah takut kene lagi so esok tu tak buat dah. dari situ kite blaja kan.

budak skrang dah lain, generasi Y kan. diorg ni bijak lain macam skit. mungkin ada cara pendekatan lain kot nak denda diorg ni. parents plak makin busy, so mungkin dengan cara yang protective ya amat ni bleh menyatakan kasih sayang diorg pada anak. ntah la. anak saye tak skolah pon lagi so tak tau. tak pe nak protective, berpada-pada lah. asal tak merosakkan anak, ok la kan. sume orang sayang anak masing-masing. 

tapi kan, 
cikgu takkan tetiba nak rotan budak
cikgu takkan tetiba soh berdiri atas kerusi
cikgu takkan tetiba soh berdiri luar kelas

mesti ada sebab kan, kalo tak cikgu tu mesti gila. hurmm...

whatever it is, cikgu tu bukannya babysitter untuk belai-belai anak kite. dia nak turunkan ilmu tau. kalo kite buat dia marah, sat gi dia tak redha ilmu dia tu? haaa haru! 

kesian kat tok naani. dia dah tak sabar nak pencen dah. dia kata, budak-budak skrang kalo baik tu memang la baik, kalo yang nakal tu, nauzubillah, "menyakitkan jiwa" katanye. belom lagi nak deal dengan pengetua hehe! 

kesimpulannya, saye sayang cikgu saye. terime kasih cikgu (^.^)

p/s : gambar dicilok dari http://amazingnara.com/


Lots of love,
FYHA

Wednesday, September 4, 2013

Cara-cara adik beradik bermesra

0 comments
cara yang unik i tell you. agak-agak macam ni la kot masa kite kecik-kecik dulu kan hikhikhik!

a. kakak main ipad, dia tekan button or tutup application
b. kakak tengah syok-syok minum susu, dia gigih tarik rambut sebab nak rebut botol
c. kakak main toys, adik pon nak jugak toys yang kakak pegang
d. kakak baring atas lantai, dia slambe himpap badan kakak dia buat gaya naik motor
e. kakak jerit marah dia, dia jerit marah kakak balik
f. kakak main basikal, dia tarik dari belakang 
g. yang penting, apa dia tak dapat dia tarik rambut kakak 

kesudahannya, kakak jerit tak pon nangis la kan. sapa yang pening?  

haaa mummy la yang mengadap 247 ni haa. kadang-kadang gelak senyap-senyap sebab klakar tengok kakak dia mengamuk hahaha adehhh (^.^)




Lots of love,
FYHA

Thursday, August 22, 2013

Parents are a full time job, agree?

0 comments
jo frost: extreme parental guidance.

it is a good show really. banyak info menarik, yang sometimes kite rasa remeh as a parent tapi beri impak yang besar for the kids. so last night, there are a few lessons that i learnt from the 1st episode:

a. as a parents kite kene tegas untuk disiplinkan anak. for example, jadualkan waktu makan untuk seisi keluarga (breakfast, lunch and dinner) and make sure makan di dine table bukan depan tv so on and so forth. if anak tak abis makan, set aside makanan dia yang left over tu for 30 minutes so that if dia lapar lagi nanti, makan apa yang dia tinggalkan, no snack or what so ever. never force eat them sebab bleh buat anak rasa stress and refuse to eat. eating should be fun kan macam untuk kite adults (like me!). bukan apa, tengok diri kite, bile kite force something, kite tend to be aggressive, btol? so, anak rasa takut and tak seronok. should we blame them sebab takmo makan? no right :)

b. always have time with your children. terutama skali bile dia nak cerita something or mengadu ke, sibuk macamane kite masa tu, we have to sit down and listen to them. do not shut them out. at times khayra nak tunjuk hasil kerja dia like drawing or 'cooking', i was like, kejap mummy sibuk ni nanti mummy tengok. i was so wrong. simple thing as that bleh down kan self-esteem anak, bleh buat diorg rasa less important. 

c. violent video games bleh buat anak less peka, less helpful, insensitive dan kasar of cos! pakar buat kajian, bila someone yang biasa main games yang ganas, then bila dia tengok tv ada news perang-perang ni (for example), diorg rase bende tu normal. dah macam takde perasaan dah. ada one time ni pakar saja nak test budak-budak yang main games ni, dalam sesi interview one-to-one, dia saja jatuhkan bekas pen pensils dia, just to see how the children will react, diorg just tengok jek bende tu jatuh and do nothing. do nothing ok! tak de nak tolong ke apa. beza dengan kids yang main games biasa like game bola, 80% tolong kutip balik pen pencils yang jatuh tu. i am so scared untuk my children. i really do hope i could raise them dengan baik. anyway, moral, limitkan time diorg bile main computer, control apa diorg main or tengok cerita kat tv. skang zaman techno kan, banyak cabaran lagi akan datang. good luck to us all! wuuwuu..

tak sabar nak tengok next episode. hope korang pon bleh praktikkan jugak sama-sama dengan ai yek hehehehe!!!!





Lots of love
FYHA

Thursday, August 15, 2013

Drama pagi syawal

2 comments
raya berempat taun ni, alhamdulillah..








macam biasa la seperti tahun sebelum, pagi raya di pilah and so on an so forth. tapi taun ni ada extra special skit.

bayangkan, tengah imam dok bagi khutbah, mummy bleh plak sakit perut kan. dah la dengan khaleef yang clingy nak berdukung jek, khayra sibuk nak main dengan kawan. terpaksa mummy pesan kat makngah untuk tengokkan khayra sekejap sementara mummy lari balik umah tok yang. 

tak lama pon, dalam 5-10 minit mummy pi balik masjid depan umah tu. dalam hati ada niat macam nak tunggu jek yang lain-lain balik dari solat raya tapi instict mummy kata kene pegi masjid jugak.

sampai masjid, cari khayra. tengok sekeliling, khayra tak de. tengok kawan yang dia main sama tadi, budak tu dah main sorang-sorang. arghhh sudah!! mana plak anak aku ni. pastu mak budak tadi kata khayra baru jek kluar dari gate tadi. i was like, wth?!!!!! anak aku kluar sorang-sorang korang tengok jek ke??? aku tros berlari kluar gate jerit nama khayra macam orang mati anak hokey!!! rasa macam jantung dah tercabut, lemah lutut sume ada! mak ngah pon terlari-lari cari dalam area masjid. ya Allah dalam hati mummy doa banyak-banyak.

jerit punye jerit, skali pusing nampak khayra berlari dari jauh ke arah mummy. meraung-raung sambil depa tangan tu dari jauh nak peluk mummy. syukur!!! anak aku selamat! terus peluk kuat-kuat, nangis dalam hati skit wuwuuu...

setengah hari tu, asal khayra tak nampak mummy jek dia akan nangis. fobia dah dia. tapi memang menakutkan la, tak sanggup nak rasa perasaan tu lagi. tak mo tak mo!


Lots of love,
FYHA
 

NEW PHASE OF LIFE Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal