Wednesday, November 26, 2014

This is so not cool

2 comments
'Jangan kawan dengan dia!'

Pernah tak korang alami situasi ni masa bawa anak korang ke playground?

Saya pernah yek *lap peluh*

Kalau dulu tengok anak orang yang kene, lantak pi la tapi kali ni anak sendiri pulak yang kene. Jujur, mak sentap hokeh!

But, i tried to remain calm. Nak tengok what will khayra do dalam situasi macam ni. At first, dia tenung jek buat 'puppy eyes' kat perempuan tu. Then, budak tu tetap dengan pendirian dia, tak nak kawan dengan khayra. Budak-budak pun ada perasaan, ye tak? Of cos later on, she came to me and told me everything, muka nak nangis. 

M : do you feel happy or sad?
K : sad
M : is it right or wrong to make other people sad?
K : wrong
M : ok good. Don't do this to your friends ok. Don't make them sad.
K : nod her head
M : go on and make friends with other kids now. Play nice.
K : ok. Smile.

Since then, kalau ada jadi macam ni, dia dah tak kisah kalau ada yang tak nak kawan dengan dia. She will always find someone else to play with. Paling tak pun main dengan adik la.

That is how i handle this kind of situation. Apa-apa yang salah dan melibatkan perasaan dia, i will use that supaya dia beringat. I don't know if that is the right thing to do but it worked so far. 

Kecik-kecik dah ada masalah sosial. Pening mak.




Lots of love,
FYHA


Coffee shop anyone?

0 comments
Cafe Lavinda.

Kalau balik Seremban, memang tak sah kalau tak singgah ke sini.

Nak tahu kenapa? First of all, swedish meatball dia sedap okay! Tak yah pi jauh ke KL nun pastu nak makan berhimpit-himpit kat IKEA tu. Dengan budak dua orang kanak-kanak riang ni lagi, hmm lagi la nan hado nak pi sana kan. So, cafe ni sesuai sangat nak accommodate kami sekeluarga yang tak suka hiruk pikuk ni. 

Second, kat senawang ni boleh kira la kedai makan western yang sedap. Harga pun reasonable. Macam khayra and khaleef, diorg suka sangat makan spagetthi carbonara. As for myself, i prefer chicken chop and curry noodles diorg. Serius sedap! Encik hubster, dia takde particular dish sebab dia suka try semua dalam menu, so tiap kali datang, dia akan try new dish.

Finally, tempat dia agak cosy la kalau nak hang out dengan family members atau pun kawan-kawan. Sambil lepak-lepak boleh selfie update insta ke fb ke hehhe! Ada wifi so apa lagi kan, amik ler peluang  :p

Kalau korang ada kat area Seremban, do drop by at this cafe. Berbaloi.






p/s : nanti nak try coffee shop kat s2 pulak. Heard they have quite interesting place too (",)


Lots of love,
FYHA





Antara kakak dan adik

0 comments
Khayra anda khaleef.

Sangat lah berbeza perangai.

Dan minat.

Biasa la, kalau khayra, more to girly stuff. Tak suka kotor-kotor, baju kene kemas jek. Kalau main sorang-sorang, dia main dengan doll, barney, doll house. Suka baca buku, tengok tv and main ipad. Don't worry, dia tak addicted pun tengok tv and ipad, mummy control ngehngehngeh! Makan still sama, tak suka nasi sangat. Kalau nasi pun kene lauk telur goreng nasi kicap. 

Adik, of cos la more to boy stuff. Kalau main sorang-sorang, dia akan main truck, tractor dan seangkatan family lori dia, lego, buat sepah lagi hebat dari kakak, kalau baca buku pun akan pilih buku vehicle. Dia kagum sangat dangan wheels huhu. Makan mesti nak nasi, tak kisah la lauk apa pun as long as tak pedas, suka panjat.

Sorang girl sangat, sorang boy sangat kan! Itulah dia anak-anak syurga mummy daddy. Tapi dua-dua sama suka menyakat masing-masing. Pastu baik pastu gaduh balik. Haihh...




Lots of love,
FYHA


Happy holiday kids!

0 comments
Cuti sekolah sudah tiba!

Hari ni dah hari cuti yang ke 5.

Kalau dulu, cuti sekolah hujung tahun yang paling ditunggu-tunggu. Syok kot boleh tido lambat, bangun lambat!

Tetiba khayra kata pagi ni, 'mummy, esok nak school lah!'

Aik, baru berapa hari cuti dah nak sekolah balik? 😄



p/s : counting days to our family trip 


Lots of love,
FYHA

Tuesday, October 7, 2014

Sweet 57th Naani!

0 comments
last 30th sept birthday naani!

semalam baru ada kesempatan untuk celebrate. lokasi terpilih adalah seoul garden, palm mall seremban. 

naani seorang yang fanatik cerita korea. nak bagi fly p korea tak mampu kan, so belanja makan ala-ala korea pon jadi la hehehe

makan kat sini so-so jek. kitorg p time lunch, so per head around rm30+. ingat ada steamboat and grill jek, sushi pun ada! erkk nampak sangat first time makan kat sini kan huahua...

overall semua pun seronok. abis makan masing-masing tersandar kat kerusi kenyang sangat. alhamdulillah...








Lots of love,
FYHA

A happy holiday indeed

0 comments

salam aidiladha uolls!

dah selesai dua hari baru nak wish kan. pffttt :D

anyway, this year seronok skit sebab dua-dua anak dah besar so excited pulak nak tunjuk diorg macam mana qurban tu. 

as usual balik kampung pilah. ada dua ekor lembu slim melim jek huahua. masuk-masuk perkarangan masjid, khayra punya kaki dah keras dah hahaha! nampak lombu, takut deh! jalan pon siap cium skit montot mami hahaha!! Lol 

khaleef follow daddy. tak leh dok sama nanti diorg ni main. sepanjang solat sangat la tenang sebab khayra duduk satu spot tak gerak-gerak! bagus jugak ada lembu kat situ. hehehe!

so masa dah mula aktiviti qurban tu, budak-budak ni duduk depan tengok. kemain lagi kan. tak pe tak pe, 1st time tengok and baru nak faham. dulu tengok masa baby cam blank jek, apa la atok-atok ni buek ni kan. haaa kali ni hambek! she cried! literally cried okay! tanya apasal nangis? kesian kat cow kene cut. siap tutup telinga bila lembu tu berbunyi. sedih dia. balik umah meleleh muka unhappy sungguh huhu. nak kesian ada, kelakar pun ada. khayra oh khayra.

khaleef tak de perasaan. dia stay dari awal sampai selesai. kakak kejap jek pastu nak balik. maybe adik tak faham lagi kan.

alhamdulillah the whole family sihat, boleh la sambut raya kali ni. syukur.









Lots of love,
FYHA

Saturday, September 20, 2014

Dugaan aidilfitri

0 comments
wow, lama dah tak update blog. dah berabuk skit dah nampaknya fuuhh fuuhh!! :D

banyak cerita nak cerita tapi tak tercerita. but kita cerita slowly but surely, ok? hehe

first of all, kita cerita pasal raya aidilfitri, nak? mak oiii!! dah nak masuk aidiladha kot haha! anyway, this year punya raya ada dugaan skit. beberapa hari sebelum nak raya, tak silap khamis masa tu, badan rasa tak best sangat. demam, lemah, sakit kepala mencucuk-cucuk, makan muntah minum air muntah. check pi doctor, suspected denggi! ahad, macam tak de tanda nak surut pon, pi GH seremban check darah. platlet 160. sementara tu memang gigih la minum air berbotol dengan sup ketam. rasa nak gaduh jek dengan ketam tu sebab dah loya punye pasal! anyway, since platlet still borderline, and mampu minum sendiri, tak yah kene admit. just drip air kat rumah (thanks Allah for made it easy for me because there's doctor in the house) then rehat.

first day of raya, ya Allah!! that day was the worst, i tell you!! memang lemah ya amat, jalan pon kene papah, perut lapar gila tapi tak lalu makan and muntah consistantly. kesian sangat kat anak-anak la sebab orang lain happy-happy pegi raya, they have to go jalan-jalan visit relatives without parents pulak. 

on the next day, i felt so much better, alhamdulillah. boleh dah jalan skit-skit tanpa kene papah, makan pon bleh, muntah pon 2-3 kali jek. makin hari makin sihat. syukur sangat! so that saturday, baru la jalan-jalan visit family and friends. well, next entry i suppose. panjang dah cerita denggi ni kan (",)

p/s : sakit itu kifarah dosa


Lots of love,
FYHA




 

NEW PHASE OF LIFE Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal