Monday, December 30, 2013

Ke pantai timur kali ni

0 comments
as promised, ni the last vacation for year 2013.

lokasi kali ni ialah kuantan. kali ni jalan-jalan dengan family daddy pulak, 3 hari 2 malam. gerak pagi jumaat, konvoi 2 kereta. sedih skit mak ngah tak join wuwuu. anyway, perjalanan ok, jam skit kat area cheras (ikut lekas nak kluar ke mrr2), karak highway pon clear, kitorg kluar exit temerloh sebab sebab sebab nak lunch ikan patin!!!!!!! dap dap nyeeee...... walaupon kat medan selera, peluh meleleh-leleh, sempit padat bagai kedai dia, tetap! kedai ni memang penuh jek senantiasa. kitorg pon kene tunggu kejap tapi tak lama pon. kat sini nak amik lauk ikan patin pon kene beratur panjang tau! rasa dia masya Allah sedap gile!!!!!!! rase fresh ikan dia, tempoyak dia secukup rasa. memang tak nyesal la datang sini. mesti makan tak pandang kiri kanan dah hehehe.. 





then dah kenyang, troskan perjalanan ke berserah kuantan. sampai around 3pm. kitorg stay kat swiss garden resort & spa. service diorg cepat jugak. takde la tunggu kat lobby lama sangat walaupon kitorg book 2 bilik. lepas solat rehat skejap, tros, terjun pool! ala budak-budak dengan bapak budak jek la. mak budak ni nak round-round tengok keliling resort dulu. best jugak la sini, cantik permandangan, ada playground, pool dia besar both kids punye and adult jugak, ada jakuzi, lobby luas and elegant. oh yek, lupa plak pasal bilik. bilik dia not bad (tak sebesar avillion aritu) tapi just nice la. bilik kitorg ada 2 single bed, kitorg rapatkan pastu bentang toto (wajib bawak kalo dengan family daddy sebab ramai na hehe), bleh lagi tido 3 orang kat bawah tu. tak kisah la sebab bukan nak lepak bilik kan, takat untuk tido solat tu ok la kan.



malam kitorg dinner kat area berserah kuantan jek, tak larat nak pi tanjung lumpur sebab lapar sangat hehe!! makan dia sedap jugak tapi ikan dia limited la, ada ikan pari ngan siakap jek, sotong ketam. 



the next day, bangun pagi-pagi, around 9am gerak gi breakfast di kemaman! jauh skit la hehe. nak nasi dagang punye pasal huhu. 



then dah kenyang, kitorg jalan-jalan area kemaman, tunjuk skit kat budak-budak ni kampung nelayan. orang kata jauh perjalanan luas pengalaman hehe. nanti dah besar korang travel la sendiri lagi jauh yek anak-anak. 





petang tu gerak balik area kuantan, balik hotel solat sume then kuar makan balik. terjah kedai mok na, makan celup-celup tu. ala-ala macam sotong goreng tepung tu la lebih kurang tapi sume pon celop tepung. ada sotong udang ikan macam-macam lagi la. ada lagi satu yang famous, pok su mok su tapi penuh gila. malas nak sesak-sesak so pi kat mok na aje.



pas kenyang, balik hotel terjun pool. kali ni mummy join skali hehe! malam, sume cam malas nak kuar, so kitorg tapau dinner makan dalam bilik jek. 

pagi esok tu, macam biasa la before check out, haruslah bawak khayra mandi pool sampai puas kan. dia sronok sangat dapat main pasir, tengok ketam ngan kutip seashell dengan daddy. mummy tak ikut sebab teman adik tido wuuwuu. adik bangun jek mummy teman adik plak main kat tupai kids club and jalan-jalan around resort sementara kakak siap kat atas ngan daddy.




itu la penutup vacation taun ni. since hujung taun, cuaca kat area pantai timur ni mendung jek, jarang nampak matahari. so tak de la tan sangat kulit dak khayra ni bile mandi pool hehe. tapi tak leh la nak mandi laut sebab ombak dia ganas, menakutkan tengok. angin pon kuat jugak. area yang banjir kat kuantan and kemaman, so far yang kitorg lalu sume dah ok. cuma ada certain tempat jalan dia berlumpur skit. memang wajib basuh kereta bile balik seremban huhu..


Lots of love,
FYHA

Thursday, December 26, 2013

Bercuti di hujung taun

0 comments
done short vacation keluarga rosli last weekend. alhamdulillah....

lokasi terpilih, heheh, sebab malas nak pi jauh, gi port dickson jek la. yes, lagi. since dekat, kitorg stay satu malam jek kat avillion admiral cove. 










kitorg sampai around 245pm. time nak check in, kat kaunter and tempat lounge untuk tunggu tu macam ramai orang. pelik tapi buat tak tau jek la. then, front desk tu kata kene tunggu sebab bilik tak siap lagi. tanye estimation brape lama, dia jawab tak sure. sementara nak tunggu tu, dia kasi la welcome drink tapi kene pi cafe dia la. fine. 

4pm dah ni. tak de orang call pon. mommy daddy pi tengok balik kat front desk, tanye lagi, kata tengah siapkan bilik lagi. haihh susah nye, baru book untuk 2 bilik. adehhh.... tanye kali ke 3, kali ni tanye kat orang yang check in kan kitorg tadi, dia bleh tanye plak, 'eh, encik tak dapat bilik lagi?'. ok statement tu mengundang kemarahan ok! terjadi la scene naik suara skit. lama kot tunggu, agak-agak la. pastu bleh plak cakap macam tu kan, memang kono la jawab eh! tros tetiba ada satu bilik dah siap bleh masuk bilik tu dulu sementara nak tunggu bilik lagi satu. duhhh! dah daddy marah diorg skit, diorg pon kasi la check out esok tu lewat 2 jam ngehngehngeh! so service di situ kite kasi 2 star jek la.

bilik dia not bad. sangat puas hati sebab bersih, besar (1 king size bed + day bed). ruang dia luas, bleh budak-budak ni berlari happy happy dalam tu. kalo ada yang nak tompang tido bawak toto pon still muat lagi rasanye untuk 4 orang. bilik air pon luas gak. memang serba serbi luas la kirenye. lule nak amik gambar la. so untuk bilik kite kasi 4 star.

dah siap solat sume, bawak khayra and adik turun mandi pool. sampai-sampai lagi dah bising mandi pool. sian khayra. luckily cuaca just nice, tak terik or ujan. pool dia pon macam redup skit sebab ada pokok. bab towel plak, time kitorg mintak dia kata dah abis, kene tunggu jap. haihhh asiklah kene tunggu jek arini. memang bersabar btol la. sampai ke sudah tak de towelnye pon. merepek btol! since pool dia besar cantik bersih, kita kasi la 3 star. 

time dinner, family paksu join sama. patut diorg nak stay port dickson jugak tapi dah fully booked. takde rezeki. tapi dapat datang dinner sama pon dah kire ok la. kitorg dinner kat ria seafood. sedap giler. nasi goreng dia wow lah! khaleef pon suke, banyak dia makan. yang khayra as usual la, dia dah jumpe kawan, makan skit jek la. kene pakse baru nak makan, haihh.. then pi waterfront pulak, saje jek bawak budak-budak ni jalan-jalan. happy abis diorg. malam tu memang dah agak dah mesti ada yang mengigau la time tido. huhu..






pagi, breakfast banyak choice buffet dia. rasa dia so-so jek la, tak de la sedap gile. tapi macam nasi lemak tak de eh. slalu kitorg pi mana-mana hotel mesti ada nasi lemak. hmmm. anyway, pas breakfast pi mandi pool lagi sampai puas, then, rest kat bilik, 2pm check out. 






keseluruhannya, bleh la kasi hotel ni 3 star. kalo service dia up skit, bleh la kita up kan star dia hiuhiu. weekend ni nak pi jalan lagi. mintak-mintak cuaca ok. 


Lots of love,
FYHA

Thursday, December 19, 2013

Kindy for khayra

2 comments
ok, now mummy daddy khayra dah tak dalam dilema dah hehe!

last two weeks, kitorg fenin skit nak pilih kindy untuk khayra. dia yang insist nak pergi 'school', bende baik takkan kite nak kata no kan. anyway, kitorg cari area dekat-dekat dengan umah jek. so option yang ada like smart soleh, brainy bunch, qdees, little calliph, and a few tadika biasa. 

bukan senang rupenye nak pilih tadika ni. of cos kita nak the best for our children kan. survey punye survey, kitorg decided to choose:




kitorg macam berminat la dengan konsep dia. plus, ada pulak family member yang recommend kan so ok lah. lagipon ada satu ari tu dengar anak dia dok speaking ngan khayra, sedap dengar hehe. kan kak shikin kan (^.^)

aritu bila daddy transfer duit booking, tetiba mummy rase cam excited plus nervous. acaner tu? btol ke anak aku nak skolah dah ni? boleh ke dia survive aku takde kat situ? kalo ada orang buli dia ke cikgu marah tengking dia camne? kecut perut pulak rasa masa tu sebab baru rasa 'realnye' bila dah bayar booking lol

p/s : 1st jan nanti ada parents conference kat picc. kalo ada tips menarik, nanti ai share ok :)


Lots of love,
FYHA

Monday, December 16, 2013

Gathering lagi

0 comments
aktiviti wajib setiap kali cuti skolah (^.^)







wajah-wajah yang tak sah kalau tak jumpa hehe. lokasi terpilih, alamanda aje. kire kat sini paling dekat dengan sume orang (except for auntie anym huhu). 

khayra kemain happy la dapat jumpa kawan dia, ijat. anak-anak auntie beep, sofea and sara pemalu skit, khaleef and khalish kecik lagi so tak faham sangat. nanti dah besar bleh la ikut main sama abang ijat and kakak khayra :)

jumpa tak lama pon, around 12pm till 5pm. had lunch, budak-budak main playground, had baskin robbin (a must!), did some grocceries shopping together (mak-mak sangat kan haha!). anyway, it was nice seeing them again. khayra naik keta jek, minum milk tros lelap. haha penat ler tu! 


Lots of love,
FYHA

Tuesday, December 10, 2013

Terjah, jangan tak terjah!

0 comments
minggu big bad wolf.

baru first time jejak kaki ni. orang lain sume dah tak heran kot huhu. kitorg p after wedding sepupu last saturday. ramainye orang ya ampun! redah jugak la sebab dah sampai kan. lagipun these few weeks duduk seremban, macam malas nak pergi lain kali. dah alang-alang kenduri kat kajang so gagahkan jugak la pegi.

bila dah pegi kat kid's corner, waaa best nye tengok banyak gile choices. macam gila shopping baju, haa sama la perasaannye bila tengok buku banyak-banyak tu. khayra pon excited tengok. nain amik jek buku letak dalam box. bila nak sort out, jenuh nak pilih mana nak ngan tak nak, sume pon mahu huhu. buku untuk mommy pon ade jugak, senyum ai sampai ke telinga. mungkin lepas ni lebih rajin masak la yek ;)



Lots of love,
FYHA
 

NEW PHASE OF LIFE Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal