Tuesday, October 30, 2012

Pe'el khayra

2 comments
kalo nak tau perangai anak dara ni, haa ni dia...

dia ni agak kurang sabar. contoh la kalo dia bukak you tube ke games ke, loading kan amik masa skit. kalo dia tak leh nak tunggu, dia ketuk-ketuk la ipad dia. tak pun kalo dia cuba selimutkan barney dia and she fail to do so, dia akan mengamuk menangis macam kene dera.

tak suka mandi air sejuk. yes, tak tipu. walaupon dia suka sangat air, dia sanggup berdiri jek dalam pool, sebab air pool tu 'sejup' katanya. kalo kite paksa siram dia ngan air sejuk, dia pon akan menangis macam kene dera jugak.

pembersih ya amat. dia akan make sure tangan dia bersih sentiasa. kalo tengah-tengah makan tu, dia perasan tangan dia kotor or sticky, dia akan bising 'nak wash nak wash'. padahal tengah makan ni memang la makan guna tangan kan. adoyai! kalo adik dia ke dia ke yang nak mandi, tros letak baju kotor dalam washing machine. bagus jugak tak yah susah-susah mummy nak kutip baju kotor diorg. hehe!

tersangatlah alergi dengan bau busuk. and yes, kalo dia bau busuk dia akan nangis macam kene dera jugak. memang tak bleh blah la. kalo bab ni dia nangis, mummy akan gelak guling-guling sebab tak penah la plak jumpe orang macam ni. bayangkan kalo lori sampah lalu, dia akan jerit 'lori ucuk!' sambil tutup abis sliding door kat hall tu. then, kalo kitorg keluar, terpaksa pakaikan pampers sebab dia takkan jejak public toilet. aritu daddy dia bawak toilet kat klinik kesihatan, dia siap nangis tak mahu. mummy lak bawak gi toilet jusco, pon sama jugak cakap 'no!'. dia sanggup tahan sampai balik umah baru shee shee.

tula a few examples yang memeningkan kepala. haihh.. macam-macam la....


Lots of love,
FYHA

Monday, October 29, 2012

Happy birthday me!

2 comments
last week kan, hehe birthday mummy! ngeee....

daddy bawak gi dinner tempat best. nothing fancy, just a very nice family environment restaurant yang serve comfort food. since i love food so much, this is the perfect gift la hehe. kitorg jarang makan luar as khayra refuse to eat kalo bukan masakan air tangan mummy.

anyway, food kat sini not bad rasa dia. sedap jugak and portion dia pon banyak. macam-macam dalam menu, steak ribs sandwiches burgers pasta pizza and banyak lagi la. sapa-sapa nak try sila lah. restaurant ni kat bandar baru bangi. seksyen apa jangan tanya sebab ai fail area sini. hiuhiuhiu!

p/s : thank you daddy for the treat. me enjoy so much! muah muah!


Lots of love,
FYHA

Thursday, October 25, 2012

Khaleef dah 3 months old!

0 comments
check up khaleef went well today. good boy.

result sume ok, berat, panjang, perkembangan dia sume normal. alhamdulillah, still breastfeeding. rezeki khaleef murah, susu cukup untuk menampung keperluan dia (",)

after jab tadi, khaleef tak nanges pon. i am so proud of you baby! kakak dulu nanges, hehe, tak pe la. girl mesti la manja skit, boy plak tahan lasak kan (^.^)

lusa dah nak raya dah. takde prepare apa pon. slalu raya haji sambut ala kadar jek, mungkin sebab cuti pendek so tak rase sangat meriah dia. mungkin. kitorg akan balik kuala pilah la seperti biasa. harap selamat pergi dan selamat pulang, amin.

p/s : salam aidiladha sume. drive safe ok!


Lots of love,
FYHA

Tuesday, October 23, 2012

No regrets

2 comments
kejadian 1
air liur adik dah pandai meleleh dah. bile nampak meleleh air liur tu, tros kakak dia jerit, 'mummy, khaleef untah'. kalo mummy lambat skit, dia p carik tisu, lapkan. ala tak banyak pon air liur nye. tapi khayra ni sangat la fussy bab comot and kebersihan ni.

kejadian 2
adik nanges. khayra p kat adik usik-usik mulut adik. tros panggil 'mummy, khaleef nak milk'. haha pandai jek dia.

kejadian 3
tengah-tengah malam khaleef terjaga and merengek. mummy tersedar lambat skit. mummy nampak khayra bangun tido dengan mata ngantuk, baring sebelah adik sambil tepuk-tepuk adik cakap 'shhh shhh'. sweet kan.

kejadian 4
mummy : khayra, pls watch adik. mummy nak cook
khayra : ok
dia tros stop whatever she is doing, tros layan adik dia.

alhamdulillah. she loves her adik, i can tell. i guess mummy's decision untuk bagi khayra adik awal was the right one *senyumsampaiketelinga*


Lots of love,
FYHA

Thursday, October 11, 2012

Mempotty train khayra

2 comments
berjaya ke tak? hehehe...

mula-mula start potty train ni rasanya 3 minggu lepas. mummy sempat train dalam 4-5 hari macam tu pastu kene duduk umah tok naani dalam 2 weeks la pulak sebab daddy outstation.

anyway, masa tu, ya Allah, senang btol la darah menyirap bile dia tershee shee atas lantai kan. at first mummy lembut lagi la. masuk 3rd day, dah garang skit dah. so agak kurang la terbabasnya. sama jugak hari seterusnya. oh, lupe pulak, time tido jek mummy pakaikan pampers.

but then, bile start balik semalam (sebab dah balik umah sendiri and dia bleh la terbabas merata tanpa risau kene carpet), khayra sangat la senang nak suruh ke toilet. tak macam mula-mula dulu la, liat kemain. tau-tau jek dah basah panties. anyway arini, khayra tak terbabas langsung-langsung!! the best part was time dia tengah main, then tetibe berlari berdiri depan toilet sambil pandang mummy. mummy pon macam paham la signal tu, dia nak shee shee. cute kan! i was so happy!

memang kata orang, nak ajar toilet ni sangat la kene sabar. bukan skit-skit punye sabar tau, kene sabar banyak macam tinggi gunung everest tu haa! pastu simpan la carpet yang cantek tu yek. umah kitorg rase macam dah bogel dah tanpa carpet, but what to do. kang kene shee shee lagi malas nak basuh kan. so malas vs cantek, malas yang menang! hahaha!

p/s : sapa-sapa nak potty train anak-anak tu, good luck yek! hehehe....


Lots of love,
FYHA

Tuesday, October 9, 2012

Berita pagi arini

0 comments
cousin mummy, mohd faiz hazim, dah pulang ke rahmatullah kol5.40 pagi tadi. arwah accident motor sabtu lepas dan mengalami head injury.

tolong doakan untuk kesejahteraan arwah. Al-fatihah.


Lots of love,
FYHA

Monday, October 8, 2012

Anak buah baru

1 comments
danial aqeel.

lambat la update pasal cousin khaleef and khayra ni. sori yek anak buah. hehe! haa ni la dia rupe cucu cikgu rosli yang ketiga. tadaaaa......





khayra agak confuse sebab ada 2 babies. panggil aqeel, aqeef sebab pelat. hehe comel jek! muka lebih kurang khaleef kan? nanti dah besar, bleh la take team tunggang terbalik umah tok naani ok LOL


Lots of love,
FYHA

Unexpected

0 comments
friends.

lately ni kan, mummy asek bumped into old friends. serious shocking gile sebab tak sangka-sangka terjumpe. seronok tu of cos la, tapi memang tak percaya la. suke suke!

- zairina
classmate mummy masa sekolah rendah dulu. last jumpe darjah 6 la. whoaahh!! best gile kan? told ya! terjumpe kat babies room ikea. duhh.. the last place yang bleh terfikir untuk jumpe kawan lama. so, apa lagi, sambil breastfeed baby, kitorg gossip la *grin*

- aini
classmate mummy jugak, tapi ni special skit. kitorg satu class dari darjah 1 sampai tingkatan 3. lama kan? anyway, terserempak kat klinik kesihatan senawang. masa tu mummy ada checked up khaleef. dua-dua pon terkejut masa jumpe tu. sempat borak jap jek. dia tengah pregnant skrang. twins!

- ayu & yusrina
ayu ni kawan satu sekolah menengah paroi jaya and teknik pd. yusrina pulak kawan teknik pd. not that close tapi bile dah satu sekolah kan, sume pon kite kawan. baik ngan ayu ni skit la. dia friendly. yusrina agak malu-malu skit. jumpe time dinner kat pd. kebetulan diorg keje satu ofis and ofis diorg tengah vacay kat situ. hehe rezeki nak jumpe kan.

after this sapa lagi eh nak jumpe. time raya aritu tak kire lah yek. lagipon raya tu sume memang plan pon. ini unplanned terjumpe. so, sapa-sapa terserempak, tegur-tegur lah yek. saya tak sombong. hehehe!!


Lots of love,
FYHA

Seafood anyone?

0 comments
lega. khayra dah recovered. alhamdulillah.

last saturday, tok pa ajak gi dinner kat pd. restoran terapung tu. hmm nak review ai tak? hehehe...

it is a nice exclusive place with a beautiful scenary. berangin so agak nyaman la dok kat situ. dah la kitorg pegi time tu angin kuat. tup tup esok kuar dalam paper kata selat melaka ada ribut taufan ke apa something like that. menakutkan! anyway, the not-so-good things are harga dia agak mahal, sekor ikan talapia rm65, ikan merah rm55 rasanya. a bit ridiculous sebab masakan dia tak de la sedap sangat. plus, kitorg just bakar jek ikan tu, bukannya masak lauk susah-susah pon. time kitorg sampai tu around 9pm, banyak ikan dah abis. since tok pa and the rest penah rasa restoran sebelah restoran terapung tu, diorg kata sana lagi better tapi restoran tu biasa-biasa jek la. 

so, kalo korang nak pegi, take a pick: nak cantek, tapi mahal and kureng sedap

or

restoran biasa, tapi harga berpatutan and sedap

(",)







p/s : prefer makan seafood kat bagan lalang. nyums!


Lots of love,
FYHA

Friday, October 5, 2012

Orang yang patut dijauhi

0 comments
title taknak kalah! haha.. oh, ok sebenarnye mummy nak mengadu jugak, tak kire! huhu...

mummy tak tau pulak la ada jugak orang macam ni dalam dunia ni. bukan nak bergossip tapi tolong la jadikan contoh supaya kite sedar diri skit okeh kawan-kawan.

pregnant. anak. tu adalah pemberian Allah. rezeki Allah. Dia bagi kite, Dia tarik balik, tu hak Dia.

ceritanya begini. sorang hamba Allah ni dah pregnant. alhamdulillah la kan. good for her. tapi yang tak bestnye, dia dok riak sangat, siap downkan orang lain yang tak pregnant lagi. come on la, awak tu baru lagi tau. bukan nak doa bukan-bukan tapi kalo lah Allah tu nak tarik balik, haa hambek! tak baik tau buat macam tu kat orang lain. fikir la perasaan orang tu sebelum nak berkata-kata. cuba kene kat diri sendiri, terasa tak? siap kata, apa guna kawen awal la, tak subur la.

teori mummy kan, orang macam ni suka downkan orang sebab self esteem dia low kot. dia terpakse tengok orang lain tak best untuk membestkan diri dia. jadi, dia buat la perangai gini. logic tak? tak molek dik buat gitu kat kawan sendiri. apa kata sama-sama bagi semangat kan bagus!

peace no war! huhu...


Lots of love,
FYHA

Not so well

0 comments
minggu ni sangat penat *pengsan*

kisahnye bermula dari kenduri kawen jiran. kebetulan dia buat malam so mummy tak pegi sebab jaga khaleef. dia baru 2 bulan, so mummy tak nak bagi dia kluar malam sangat. kalo perlu aje. anyway, tengah-tengah malam tu, tok naani and auntie nadia dah mula sakit perut, diarrhea. others, the next day pulak ikut join. kemudian, the whole house demam! except for mummy and khaleef la of cos.


kesian sgt kakak khayra. sabtu malam tu, memang panas sangat badan dia. mummy dah bagi ubat demam 4 hourly pon still tak kebah. dah tuam pon still tak surut. kol5am tros shoot ke kpj sebab risau panas sangat nanti bahaya. dah la daddy outstation ni. haihh... doctor kasi ubat masuk montot tu, then soh rest. pastu baru dia datang check khayra. dah setel, balik. punye la banyak ubat. abis lah nak berperang dengan khayra time nak suap ubat ni.


esok, khayra ada a few times vomit, tapi demam dah mula redha skit. the next day pon sama but less vomit. pegi kk check darah kot denggi, alhamdulillah bukan. then, on wednesday khayra dah ok dah. diarrhea la pulak. tok ma kata tu sebab panas so normal kalo time dalam proses nak baik demam. ok fine. until now pon dia keep on diarrhea cuma 2-3 kali sehari. risau lagi ni. keep on mengadu sakit perut. skang dia dah makan and susu tak galak macam dulu. susut dah tengok badan dia. tadi pak lang kata ni simptom food poisoning. memang yang lain pon sama food poisoning since kenduri tu kan, tapi khayra paling teruk. maybe sebab dia kecik lagi. sian baby mummy!!!

now, pujuk kakak minum air banyak-banyak. makan buah banyak-banyak. sedih.




p/s : doakan khayra cepat sihat eh


Lots of love,

FYHA
 

NEW PHASE OF LIFE Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal