Monday, December 30, 2013

Ke pantai timur kali ni

0 comments
as promised, ni the last vacation for year 2013.

lokasi kali ni ialah kuantan. kali ni jalan-jalan dengan family daddy pulak, 3 hari 2 malam. gerak pagi jumaat, konvoi 2 kereta. sedih skit mak ngah tak join wuwuu. anyway, perjalanan ok, jam skit kat area cheras (ikut lekas nak kluar ke mrr2), karak highway pon clear, kitorg kluar exit temerloh sebab sebab sebab nak lunch ikan patin!!!!!!! dap dap nyeeee...... walaupon kat medan selera, peluh meleleh-leleh, sempit padat bagai kedai dia, tetap! kedai ni memang penuh jek senantiasa. kitorg pon kene tunggu kejap tapi tak lama pon. kat sini nak amik lauk ikan patin pon kene beratur panjang tau! rasa dia masya Allah sedap gile!!!!!!! rase fresh ikan dia, tempoyak dia secukup rasa. memang tak nyesal la datang sini. mesti makan tak pandang kiri kanan dah hehehe.. 





then dah kenyang, troskan perjalanan ke berserah kuantan. sampai around 3pm. kitorg stay kat swiss garden resort & spa. service diorg cepat jugak. takde la tunggu kat lobby lama sangat walaupon kitorg book 2 bilik. lepas solat rehat skejap, tros, terjun pool! ala budak-budak dengan bapak budak jek la. mak budak ni nak round-round tengok keliling resort dulu. best jugak la sini, cantik permandangan, ada playground, pool dia besar both kids punye and adult jugak, ada jakuzi, lobby luas and elegant. oh yek, lupa plak pasal bilik. bilik dia not bad (tak sebesar avillion aritu) tapi just nice la. bilik kitorg ada 2 single bed, kitorg rapatkan pastu bentang toto (wajib bawak kalo dengan family daddy sebab ramai na hehe), bleh lagi tido 3 orang kat bawah tu. tak kisah la sebab bukan nak lepak bilik kan, takat untuk tido solat tu ok la kan.



malam kitorg dinner kat area berserah kuantan jek, tak larat nak pi tanjung lumpur sebab lapar sangat hehe!! makan dia sedap jugak tapi ikan dia limited la, ada ikan pari ngan siakap jek, sotong ketam. 



the next day, bangun pagi-pagi, around 9am gerak gi breakfast di kemaman! jauh skit la hehe. nak nasi dagang punye pasal huhu. 



then dah kenyang, kitorg jalan-jalan area kemaman, tunjuk skit kat budak-budak ni kampung nelayan. orang kata jauh perjalanan luas pengalaman hehe. nanti dah besar korang travel la sendiri lagi jauh yek anak-anak. 





petang tu gerak balik area kuantan, balik hotel solat sume then kuar makan balik. terjah kedai mok na, makan celup-celup tu. ala-ala macam sotong goreng tepung tu la lebih kurang tapi sume pon celop tepung. ada sotong udang ikan macam-macam lagi la. ada lagi satu yang famous, pok su mok su tapi penuh gila. malas nak sesak-sesak so pi kat mok na aje.



pas kenyang, balik hotel terjun pool. kali ni mummy join skali hehe! malam, sume cam malas nak kuar, so kitorg tapau dinner makan dalam bilik jek. 

pagi esok tu, macam biasa la before check out, haruslah bawak khayra mandi pool sampai puas kan. dia sronok sangat dapat main pasir, tengok ketam ngan kutip seashell dengan daddy. mummy tak ikut sebab teman adik tido wuuwuu. adik bangun jek mummy teman adik plak main kat tupai kids club and jalan-jalan around resort sementara kakak siap kat atas ngan daddy.




itu la penutup vacation taun ni. since hujung taun, cuaca kat area pantai timur ni mendung jek, jarang nampak matahari. so tak de la tan sangat kulit dak khayra ni bile mandi pool hehe. tapi tak leh la nak mandi laut sebab ombak dia ganas, menakutkan tengok. angin pon kuat jugak. area yang banjir kat kuantan and kemaman, so far yang kitorg lalu sume dah ok. cuma ada certain tempat jalan dia berlumpur skit. memang wajib basuh kereta bile balik seremban huhu..


Lots of love,
FYHA

Thursday, December 26, 2013

Bercuti di hujung taun

0 comments
done short vacation keluarga rosli last weekend. alhamdulillah....

lokasi terpilih, heheh, sebab malas nak pi jauh, gi port dickson jek la. yes, lagi. since dekat, kitorg stay satu malam jek kat avillion admiral cove. 










kitorg sampai around 245pm. time nak check in, kat kaunter and tempat lounge untuk tunggu tu macam ramai orang. pelik tapi buat tak tau jek la. then, front desk tu kata kene tunggu sebab bilik tak siap lagi. tanye estimation brape lama, dia jawab tak sure. sementara nak tunggu tu, dia kasi la welcome drink tapi kene pi cafe dia la. fine. 

4pm dah ni. tak de orang call pon. mommy daddy pi tengok balik kat front desk, tanye lagi, kata tengah siapkan bilik lagi. haihh susah nye, baru book untuk 2 bilik. adehhh.... tanye kali ke 3, kali ni tanye kat orang yang check in kan kitorg tadi, dia bleh tanye plak, 'eh, encik tak dapat bilik lagi?'. ok statement tu mengundang kemarahan ok! terjadi la scene naik suara skit. lama kot tunggu, agak-agak la. pastu bleh plak cakap macam tu kan, memang kono la jawab eh! tros tetiba ada satu bilik dah siap bleh masuk bilik tu dulu sementara nak tunggu bilik lagi satu. duhhh! dah daddy marah diorg skit, diorg pon kasi la check out esok tu lewat 2 jam ngehngehngeh! so service di situ kite kasi 2 star jek la.

bilik dia not bad. sangat puas hati sebab bersih, besar (1 king size bed + day bed). ruang dia luas, bleh budak-budak ni berlari happy happy dalam tu. kalo ada yang nak tompang tido bawak toto pon still muat lagi rasanye untuk 4 orang. bilik air pon luas gak. memang serba serbi luas la kirenye. lule nak amik gambar la. so untuk bilik kite kasi 4 star.

dah siap solat sume, bawak khayra and adik turun mandi pool. sampai-sampai lagi dah bising mandi pool. sian khayra. luckily cuaca just nice, tak terik or ujan. pool dia pon macam redup skit sebab ada pokok. bab towel plak, time kitorg mintak dia kata dah abis, kene tunggu jap. haihhh asiklah kene tunggu jek arini. memang bersabar btol la. sampai ke sudah tak de towelnye pon. merepek btol! since pool dia besar cantik bersih, kita kasi la 3 star. 

time dinner, family paksu join sama. patut diorg nak stay port dickson jugak tapi dah fully booked. takde rezeki. tapi dapat datang dinner sama pon dah kire ok la. kitorg dinner kat ria seafood. sedap giler. nasi goreng dia wow lah! khaleef pon suke, banyak dia makan. yang khayra as usual la, dia dah jumpe kawan, makan skit jek la. kene pakse baru nak makan, haihh.. then pi waterfront pulak, saje jek bawak budak-budak ni jalan-jalan. happy abis diorg. malam tu memang dah agak dah mesti ada yang mengigau la time tido. huhu..






pagi, breakfast banyak choice buffet dia. rasa dia so-so jek la, tak de la sedap gile. tapi macam nasi lemak tak de eh. slalu kitorg pi mana-mana hotel mesti ada nasi lemak. hmmm. anyway, pas breakfast pi mandi pool lagi sampai puas, then, rest kat bilik, 2pm check out. 






keseluruhannya, bleh la kasi hotel ni 3 star. kalo service dia up skit, bleh la kita up kan star dia hiuhiu. weekend ni nak pi jalan lagi. mintak-mintak cuaca ok. 


Lots of love,
FYHA

Thursday, December 19, 2013

Kindy for khayra

2 comments
ok, now mummy daddy khayra dah tak dalam dilema dah hehe!

last two weeks, kitorg fenin skit nak pilih kindy untuk khayra. dia yang insist nak pergi 'school', bende baik takkan kite nak kata no kan. anyway, kitorg cari area dekat-dekat dengan umah jek. so option yang ada like smart soleh, brainy bunch, qdees, little calliph, and a few tadika biasa. 

bukan senang rupenye nak pilih tadika ni. of cos kita nak the best for our children kan. survey punye survey, kitorg decided to choose:




kitorg macam berminat la dengan konsep dia. plus, ada pulak family member yang recommend kan so ok lah. lagipon ada satu ari tu dengar anak dia dok speaking ngan khayra, sedap dengar hehe. kan kak shikin kan (^.^)

aritu bila daddy transfer duit booking, tetiba mummy rase cam excited plus nervous. acaner tu? btol ke anak aku nak skolah dah ni? boleh ke dia survive aku takde kat situ? kalo ada orang buli dia ke cikgu marah tengking dia camne? kecut perut pulak rasa masa tu sebab baru rasa 'realnye' bila dah bayar booking lol

p/s : 1st jan nanti ada parents conference kat picc. kalo ada tips menarik, nanti ai share ok :)


Lots of love,
FYHA

Monday, December 16, 2013

Gathering lagi

0 comments
aktiviti wajib setiap kali cuti skolah (^.^)







wajah-wajah yang tak sah kalau tak jumpa hehe. lokasi terpilih, alamanda aje. kire kat sini paling dekat dengan sume orang (except for auntie anym huhu). 

khayra kemain happy la dapat jumpa kawan dia, ijat. anak-anak auntie beep, sofea and sara pemalu skit, khaleef and khalish kecik lagi so tak faham sangat. nanti dah besar bleh la ikut main sama abang ijat and kakak khayra :)

jumpa tak lama pon, around 12pm till 5pm. had lunch, budak-budak main playground, had baskin robbin (a must!), did some grocceries shopping together (mak-mak sangat kan haha!). anyway, it was nice seeing them again. khayra naik keta jek, minum milk tros lelap. haha penat ler tu! 


Lots of love,
FYHA

Tuesday, December 10, 2013

Terjah, jangan tak terjah!

0 comments
minggu big bad wolf.

baru first time jejak kaki ni. orang lain sume dah tak heran kot huhu. kitorg p after wedding sepupu last saturday. ramainye orang ya ampun! redah jugak la sebab dah sampai kan. lagipun these few weeks duduk seremban, macam malas nak pergi lain kali. dah alang-alang kenduri kat kajang so gagahkan jugak la pegi.

bila dah pegi kat kid's corner, waaa best nye tengok banyak gile choices. macam gila shopping baju, haa sama la perasaannye bila tengok buku banyak-banyak tu. khayra pon excited tengok. nain amik jek buku letak dalam box. bila nak sort out, jenuh nak pilih mana nak ngan tak nak, sume pon mahu huhu. buku untuk mommy pon ade jugak, senyum ai sampai ke telinga. mungkin lepas ni lebih rajin masak la yek ;)



Lots of love,
FYHA

Thursday, November 28, 2013

Brother and sister

1 comments
khayra ni ada satu pe'el tau. bila dia nak barang dengan perasaan tak sabar dia tu, dia akan merengek mengamuk tau.

jadinya, daddy dia ajar la,

daddy : khayra, please ask properly. like this, 'daddy khayra nak ___ please'
khayra : daddy, khayra nak ___ pleaseeeeeee

haa siap panjang dia punye harkat tang please tu. memang banyak kali jugak ingatkan dia ni sebab asik lupa jek. so, nak dijadikan cerita, pagi tadi si khayra main belon. adiknye mesti la nak jugak. barangnya ada satu jek so haruslah jadi rebutan, btol tak. nways, unexpectedly,

khayra : khaleef, please ask properly. blablabla (bahasa german)... macam ni, 'daddy, khaleef dah belon please'
khaleef : blablablabla (bahasa german hihi)

mummy yang kat dalam bilik tinjau skit kat pintu sambil gelak-gelak. mana taknye, anak dara tu siap tiru gaya daddy jugak, cekak pinggang sebelah pastu point jari kat adik. hahaha lawak-lawak! konon nak ajar adik jugak la ni. bagus-bagus. kome blajo sesame yek. 

btw, walaupon tak paham adik cakap apa, akhirnya khayra kasi jugak belon tu without any scene menjerit terlolong menangis sakan tu. clever kakak.




Lots of love,
FYHA

Anniversary

1 comments
november.

dah 6 taun dah jadi isteri orang. yang lawaknye, taun ni bleh plak terlupa anniversary sendiri! sengal btol! itu pon dah tengahari, daddy cakap, 'b, arini anniversary kita'.

melopong skejap. camane aku bleh lupe ni? haihh!!! baru 30 taun umur takkan dah nyanyuks kot. 

happy anniversary honey. i love you *hugs and kisses*


Lots of love,
FYHA

Monday, November 11, 2013

I can do it, come on!!!

0 comments
sedih.

khaleef dah tak mo direct bf dah. nanges.

since dia demam sebab tonsil last week, dia reject miss b tau. sampai skrang, tonyoh camane-camane pon dia melalak tolak kuat-kuat macam dera dia jek. 

bermula la sesi pumping. lama dah tinggal ni. since khaleef lahir dulu bagi bf on demand aje. mujur dia tak reject botol kan kan. 

p/s : alhamdulillah skang dia dah sihat, selera makan pon dah naik. sian adik.


Lots of love,
FYHA

Thursday, October 31, 2013

Kesian budak-budak skrang

0 comments
year 2013.




bayangkan time anak-anak kite plak kan. dah macam orang keje makan time lunch dah haa. tambah 3.90 lagi dah bleh makan tony roma's set tu haa. adehhh. tak pe lah, khayra and khaleef nanti mummy cook bawak lunchbox pi school ok. kite carik lunchbox comey-comey (^.^)

jimat dah selamat hiuhiuhiu...


Lots of love,
FYHA

Wednesday, October 30, 2013

Kakak

0 comments
kita update pasal kakak plak arini (^.^)




khayra dah 3 taun 6 bulan. kalo tengok fizikal, ramai ingat dia 4-5 taun. tinggi, ikut auntie nadia banyak budak ni hehe. 
since jadi kakak, dia banyak mengalah dengan adik. kakak main selimut, adik nak selimut dia kasi. then dia main teddy bear, adik nak pon dia kasi. ada satu tahap dia mampu nangis ngadu kat mummy daddy jek sebab geram ngan adik dia. yes, bukan kakak sakat adik, vice versa ok. 
makan minum still sama, memilih skit, tak minat nasi sangat. paling suka kalo mummy buat roasted chicken and spageti bolognese or carbonara. 
kurang dah tantrum, tak de nak mengamuk-ngamuk kalo tak dapat bende yang dia nak. example, kalo kluar pi pasar malam ke, dah pesan awal-awal, no toys. so sampai sana, bila nampak toys, dia just jerit toys then lambai toys tu. hehe dah paham, senang skit nak disiplinkan dia. then, mummy bawak la gi playground untuk reward dia. macam tv pon dia tau, time sun (siang) tengok crite khayra, moon (malam) crite mummy daddy. tapi sometimes, malam-malam la especially, dia agak mengada skit sebab daddy ada kan. daddy tak layan skit, melalak kemain. hehe nasib la daddy, dia nak manja-manja ngan kamu, dia dah boring ngan mummy dah hehe! ala kadang-kadang jek la, kalo tak dia elok jek.
sangat obses dengan princess. you name it, cinderella, rapunzel, snow white, belle, she knows them all. tiap-tiap ari pon nak pakai dress. even panties pon gambar princess! lol

kadang-kadang bila tengok dia tido, teringat time dia baby dulu. rindunye masa tu *sob*


Lots of love,
FYHA

Tuesday, October 29, 2013

Adik

0 comments
lama dah tak update pasal khaleef kan.




skang khaleef dah setaun 3 bln. senang jaga dia. rezeki khaleef, sampai skang still fully bf. makan pon boleh tahan, tak nak makan bubur nasi ke cerelac dah. nak makan nasi macam kakak, nak makan nugget macam kakak, sume la nak apa kakak makan hehe. 
sometimes, kalo dia mood ok, bangun jek tido dia turun katil pastu tutup fan then kluar bilik carik mommy. clever boy! kalo mood tak ok, dari atas katil dah melalak dah haha!
dia faham kalo kite soh dia buat bende basic like, soh mandi then dia akan tros jalan laju-laju tunggu depan bilik air, kalo tanye nak eat tak then dia akan pegi kat dapur amik bowl dia kasi mommy. hehe kiut jek budak ni! gigit kang!
ada a few words yang dia sebut macam 'car', 'cat', pastu kang dia buat bunyi 'meow', kalo kite kat dapur dia akan tunjuk kat atas counter dapur tu mintak 'ayer', kalo cerita kat tv dah mula dah dia akan kata 'start' sambil tepuk-tepuk kite bgtau, panggil khayra 'kak' daddy plak 'dada' and last but not least, 'boboi' refer to boboboy. yes, dia suke upin ipin, boboboy, hi-5, pororo and mickey mouse clubhouse. 
jangan tak caya, ini budak pandai main masak-masak lol! tengok kakak la ni. siap masuk bende nak masak dalam pot dia pastu kacau-kacau pakai senduk hahaha!! oh man.... tak pe la, jadi chef pon mak redha aje! huahua....
pandai dah nak kluar jalan. pantang tengok mommy daddy dah siap, dia tros tunggu depan pintu soh 'kak'. bukak pintu katanya hehe... 

khaleef oh khaleef, ni la sebahagian pe'el kamu dik. tapi perangai dah tak macam baby dah kan. hukhuk sedihnye! cepatnye besar sayang mommy ni.


Lots of love,
FYHA

Monday, October 28, 2013

I am 30 yrs old and i am proud!

0 comments
happy birthday to me! yeay.



nothing fancy. daddy beli 2 slices of cakes, 1 new york cheesecake, another one chocolate apentah but sumpah sedap! secret recipe yang premium punye. since harijadi jatuh on friday, daddy sampai lambat keje so tak sempat la nak kluar dinner ke apa. i don't mind. the kids happy dapat cake. that's enough for me. 

anyway, the next day, kitorg evening walk kat putrajaya. since cita-cita khayra nak naik boat dari last week, kitorg pon decided untuk naik cruise. yes, she's the happiest person la of cos kan. 

ok, not bad jugak price dia, adult rm30 and children rm20. kalo family anak dah besar skit bleh la amik package. every hour ada trip dia kalo tak silap. and every trip takes around 45 minutes. worth the money la kan. cruise dia aircon, then bleh amik angin luar kalo tak nak dok dalam. so bleh la sapa-sapa nak feeling-feeling titanic tu kan wahahaha. oh, cruise ni start from 10am to 7pm kot kalo tak salah. bleh check website dulu before plan ok.

overall, it was nice experience. tak terfikir pon one day akan naik mende alah ni. khaleef pon happy sangat terjerit-jerit bersahut-sahut dengan kakak nye. lantak orang pandang. kids will be kids. 








then, magrib kat masjid putra yang serba indah tu (first time solat sini, slalu kat masjid besi jek). then shoot ke cyber untuk dinner nasi arab. oh sedapnye! kedai nama sana'a. sile terjah.

----------------------------------

khayra : mami, khayra nak naik spaceship plsssss....
mami : ok, khayra kene blaja pandai-pandai, nanti dah big girl baru bleh naik spaceship
khayra : *blur* 

hahaha!!

p/s : can't wait for my birthday present. lambatnye 31st oct niiiiii.....


Lots of love,
FYHA

Thursday, October 17, 2013

Get well soon sweetheart

0 comments
demam.



masuk arini hari ke dua kakak demam. semalam langsung tak lalu nak makan tapi arini ok skit, makan jugak walaupon tak banyak macam selalu. luckily susu dia mahu.

cepat la sihat kakak. boring la kakak tak bising macam slalu. adik pon sunyi tak de yang nak gaduh dengan dia. wuuwuu...

musim kan demam skang. bila panas, panas gila. bila ujan, lebat kemain. kene paksa minum air banyak-banyak budak-budak ni. kang dehydarated, lain plak sakit nanti.


Lots of love,
FYHA
 

NEW PHASE OF LIFE Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal