Tuesday, December 28, 2010

Minggu penat pulak

0 comments
minggu ni agak sibuk sket until weekend. so pls watch the space for me eh. will be back with lots of stories! janji. tak tipu.


Lots of love,
FYHA

Saturday, December 25, 2010

Hari penat

2 comments
arini ada dua bende penting.

1. bday mama chantek, aka auntie huda. mama angkatnye si khayra. tapi tiap kali dukung khayra asek lah meraung. kihkihkih!! nasib ko la huda. anyway ko nak present ke? aku kasi hadiah kawen trus lah eh taun depan. gagaga....

2. uncle kalid tunang arini dengan auntie erin. akhirnye! oppss blom akhirnye. kene tunggu kawen dulu baru bleh akhirnye. owh uncle kalid tu adik mummy, lupe plak nak mention. majlis buat kat rembau. walaupun naik kete jek tapi penat macam kene tolong masak berhidang bagai. tanda-tanda nak tua kah? aiyakk...

p/s : best dapat jumpe sume relatives yang datang tadi. soon akan dapat new cuzzie!! owh sangat excited!


Lots of love,
FYHA

Friday, December 24, 2010

Pray for the best

0 comments
rase tak sedap hati.


tak suke.


saya nak tido dengan nyenyak.


tapi tak boleh!


tolong!


Lots of love,
FYHA

Thursday, December 23, 2010

Soalnye kenape?

4 comments
why do babies smell good? kenapa? kenapa? tak kisah lah her baby breath ke, her after bath ke or even her morning wake up breath pun sangat lah sedap. i can't get enough of it. setiap kali mesti mahu cium dan cium dan cium lagi. ada orang kata sebab baby minum susu especially yang breastfeed. bau mereka lain. orang tua kata bau syurga kan? Wallahualam. tanye enche google, dia kata ini salah satu cara untuk kite bonding dengan baby. Subhanallah. hebat kan ciptaan Allah? Dia dah tahu dah apa yang terbaik untuk berkenalan dengan anak-anak kite sejak pertama kali bertemu. dah la dengan pipi dia yang bulat dan gebu, dapat plak peluk cium, dengar dia gelak and gugugaga, jari-jari kecik dia main dengan rambut and muka kita time dia nak tido, aduhai.... akan dirindui moments ini.
atau mungkinkah sebab bauan bedak-bedak, syampoo-syampoo itu membantu? mestilah. johnson & johnson babeh!! hehehe...

khayra,
kalo khayra baca blog ni nanti kan, mummy nak khayra tahu yang mummy sayang sangat dengan khayra. mummy tak kisah kene bangun banyak kali pun malam-malam. mummy tak kisah pun khayra tak sihat and mummy kene dukung khayra all the time. mummy tak kisah. yang penting sayang mummy sihat and ceria slalu ok. sayang dia.


our bundle of joy


p/s : hehe tetibe ada drama plak kat entry ni. tapi btol la, agak emo sket bile mengenangkan saat-saat spending time dengan khayra ni *sob*


Lots of love,
FYHA

Wednesday, December 22, 2010

Nak tau tak, nak tau tak?

3 comments
lagi story best?

tok naani : farah, meh sini jap (jerit)
mummy : nape?
tok naani : ni haa khayra nak tumbuh gigi lah kat gusi bawah ni. cube kamu rase.
mummy : *suker*

patut la sayang mummy demam. nak tumbuh gigi rupenye yek. alolo ciannye. mummy cube la bagi khayra gigit jari mummy. bestnye dapat rase! hehe.. tapi bile daddy dia nak rase, dia tutup mulut dia rapat-rapat. heheh! nakal. nanti bile dia nak bukak mulut dia luas (ntah bile), mummy amik gambar.

p/s : cepatnya khayra membesar! hukhuk...


Lots of love,
FYHA

Tuesday, December 21, 2010

Fever please go away!

5 comments
dah dua hari mummy fenin. sebabnye khayra.......



demam.............. cepat baik sayang. minggu ni kite nak pindah rumah. i need you to be strong and healthy. rindu nak dengar khayra gelak and borak-borak manja dengan mummy. hukhuk!


Lots of love,
FYHA

Monday, December 20, 2010

Contest si manjaku comel

2 comments
ade contest lagi!! kali ni mummy telah di tag oleh ibu aqeef untuk enter contest ni. tengok mane tau rezeki khayra murah kan kan. layan.....




i chose this picca. mommy memang suke gambar ni. tiap kali tengok mesti nak sengih sorang-sorang :)

syarat dia simple jek.
  • jd follower blog empunya contest ni --> checked
  • mesti ada blog sendiri --> checked
  • kene buat satu entry pasal contest si manja comel ni and letak gambar si comel yang paling comel skali --> checked
  • tampalkan banner contest ni kat entry dan side bar --> checked
  • tinggalkan link entry kat komen entry ni --> checked
  • yang boleh join baby dari baru lahir hingga 6 tahun --> ok, khayra 8 bulan so checked
  • tag 5 orang lagi --> mommy kysha, mama aiman, mama nabihah, ibu zafri and papa mifz
hahaha turn korang plak. closing date 25th dec tau. good luck!


Lots of love,
FYHA

Jumpe kawan lama

0 comments
semalam, reunion dengan x-dormates mummy. last jumpe time buka puase aritu. ingat memang nak continue aktiviti macam ni. kali ni lokasi di rumah auntie beep kat semenyih. luckily, khayra sangat behave all day long. tak meragam. bleh mummy makan dengan tenang. hikhik! dah la korang layan jek la gambar ni k. let the pictures do the talking. lalalalala....


aunties yang garang time sekolah aritu

auntie kinot sedang gigih bakar ayam. hikhik!

menu yang sedap. potluck style.

mummy dah tenyang!

abang danish and mommy yan

having a good time

my fave photo of the day

K.A.M.I

khayra pandang abang danish :)

nak balik dah..


cukup ke? ok la tu kan. kalo ade lagi mummy add kemudian.

p/s : see u girls next year pulak.


lots of love,
FYHA

Sunday, December 19, 2010

A lil sumthin sumthin

4 comments
let us compare:

family store taman cengal seremban
1. huggies pampers M80 = rm32.90
2. cerelac wheat & honey 450 g = rm9.95

manjaku senawang
1. huggies pampers M80 = rm37.90
2. cerelac wheat & honey 450 g = rm10.50

giant, tesco, carrefour and jusco. they are way more expensive than these two stores. if i am not mistaken, pampers jek rm40 plus. what!! pesal harga beza banyak gile? macam kene tipu pulak nih. if we are lucky, tertengok mane-mane brochure yang buat sale time weekend, paling rendah diorg offer pun rm30~32. haihh.. ini belum khayra minum susu formula lagi. mesti lagi panjang list mommy. maybe you think i am a cheapo person, well yes i am. bende ni slalu beli so it makes a huge difference. pasni pakai lampin jek lah khayra eh. hohoho...

p/s : need to do checklist untuk stores kat bangi pulak after pindah.


Lots of love,
FYHA

Saturday, December 18, 2010

Malas datang lagi

0 comments
will be at damansara this weekend untuk packing barang. lagi. *sigh*


Lots of love,
FYHA

Thursday, December 16, 2010

Nak cantek jugak

2 comments
camane nak cantek jugak tapi ala-ala muslimah macam la. slalu kalo g beli top kan, konon nak stylo la sket. but then i ended up beli blouse macam mak cik! tak pun macam budak skolah. tapi budak skolah skrang pun pandai dress up lah. gahh... rase macam dah tua pulak ni. konon surf internet carik sumber inspirasi. mereka ni pandai mix n match. ada skali nak cuba lah, haks macam burok jek mommy pakai. nape orang lain pakai cantek?! *stress*




image by marie clare

Dian Pelangi


haa nampak tak nampak tak? cantek kan? tapi mereka ni pakai berlapis-lapis. malaysia ni panas lah. rimas dan tak dapat bernafas dalam baju tu nanti (haihh banyak songeh plak aku nih tapi nak cantek!) tak pe lah kene cuba pelan-pelan. mungkin cantek satu hari nanti. ngeh ngeh!

p/s : brape banyak word cantek lah dalam entry ni. owh entry ni bukan pasal khayra obviously (",)


Lots of love,
FYHA

Wednesday, December 15, 2010

8 Fakta Tentang Darlee Zuris

3 comments
hehe first time nak masuk blogging contest ni. hadiah pon cam menarik jek. ada harapan kah? hohoho... mari kite revise balik tentang puan zuris ni....

1. sangat sangat sayangkan kysha and daddy. tak sanggup tengok aby sakit or nangis jerit-jerit *sob*
2. suke travelling. macam almost every weekend asek berjalan jek keluarga bahagia ni *likes*
3. sedang mencarik-carik orang untuk menjage aby *kire tak?*
4. takut cicak! kihkih... hantu pun kan. gagagaga!
5. kecik comel lote jek orangnye. suke tenyum. auww!
6. owh owh kamu duduk di ipoh. kihkih....
7. dah panggil name kysh since aby dalam pewut lg. alololo....
8. zuris sangat bertuah sebab hubby teman skali bg semangat dalam labour room. kite kene push sorang-sorang. huhu!

haa... ok tak? ok la tu kan... just try my luck. mane tau zuris terbukak hati suke plak. ngeh ngeh! *fingers crossed*

the 3 of us
curik gambar yek zuris *wink*

p/s : sape yang interested, try la contest ni. gud luck!


Lots of love,
FYHA

Tuesday, December 14, 2010

Drop dead cuteness

4 comments
sila jangan muntah dengan title di atas. lalalala. owh, khayra dah officially 8 bulan dah.


sayang budak ni banyak-banyak

p/s : dah pandai tolak muka orang kalo nak cium dia. khayra tau tak khayra ni baby lagi? kasi la mummy cium banyak-banyak! *grrrr*


Lots of love,
FYHA

Budak suke makan

2 comments

budak yang tak bleh tengok orang makan. dia pun nak jugak. tengok tarik-tarik baju mummy. haihh... anakku....


Lots of love,
FYHA

Monday, December 13, 2010

Jalan-jalan on weekend

0 comments
last weekend, the 3 of us tido kat umah damansara for the first time after khayra lahir! percaya tak? hahaha.. berabuk umah sewa ku itew! anyway, sampai kl, kitorg g the curve dulu. mission utama, mencari casing untuk daddy's new toy. mummy pun tumpang sekaki lah. mane bleh daddy dapat sorang. hukhuk!
then, next mission, nak makan ayam penyet. lame woo tak dapat, since dok seremban ni. takde orang nak bukak ayam penyet ke kat seremban? saye akan jadi customer awak yang paling setia. ngeee...
pastu, mummy ingat untuk dinner khayra, mummy nak beli jek kat kedai. ala yang macam heinz tu tapi brand lain. petite ke? khayra suke yang tu. skali round punye round, tak jumpe jugak. aritu beli kat one utama. ingat the curve ada la jugak tapi takde. tetibe, mummy nampak kiosk baby ambrosia. penah dengar tak? mummy penah bace la kat blog kawan, dia bagi anak dia makan. dia kata sedap. so mummy pun try la.. mummy beli perisa chicken and vege, fruit oats. mummy try kasi yang chicken and vege tu. hahahahah gile khayra tak suke. lawak sangat muke dia. rugi btol tak amik video. dia siap mulut ternganga sebab tak mo makanan tu kene lidah dia and apatah lagi nak telan makanan tu kan. muke dia berkerut-kerut. kihkihkih! maybe banyak rasa pumpkin kot sebab rase manis jek. yang fruit oats tu tak test lagi. kali ni mummy konfem akan videokan. tunggu yek next review hot mamas!

khayra loves the xmas deco!

jantung hati mummy

khayra tak takut pony!

daddy punye, mummy jeles skit

see my bling! i loike!

ni khayra punye yang tak abis

p/s : weken ni harus pegi damansara lagi untuk continue packing. huh!


Lots of love,
FYHA

Thursday, December 9, 2010

Satu masa dahulu

7 comments
apa yang mummy nak cerita ni, pengalaman yang mummy and daddy sama-sama lalui. mungkin ada yang penah mengalami atau sedang mengalami. tetibe terbukak hati nak crite.
kami kawen akhir tahun 2007. for the first year of marriage, kami fikir, baby, kalo cepat alhamdulillah, kalo blom lagi, its ok. lagipun macam ingat nak berfoya-foya dulu sebelum dapat baby. nanti banyak lagi responsibilities kan. jadi wife pun tak graduate lagi. at least that's what i think at that time. masa tu ada jugak yang dah start tanye, "dah pregnant blum?". masa ni tak de la terasa sangat sebab baru kawen so what the heck. just ignore orang-orang macam ni.
but then, after second year approached us, still no sign of baby. mummy dah rasa macam tak best. i felt very low self-esteem and embarrassed of myself of not being pregnant. sedangkan kawan-kawan mummy mostly, after kawen jek trus conceive. argghh hari-hari tension sangat. pegi mane-mane pun orang akan tanye. tak suke! every nite, mummy akan nangis. sampai daddy pun serba salah tak tau nak buat apa. mummy jadi pemarah dan cepat stress. nasib baik dapat ibu and ayah, both mertua yang sangat memahami. diorg pun tak pernah nak tanye. mereka menjadi silent supporters untuk kami. tapi kalo diorg tanye, haihh tak tau la mummy nak jawab.
mummy ada jugak tanye kat kawan-kawan yang pregnant or yang dah ada baby, apa yang diorg amalkan untuk conceive. kebanyakan sume cakap, usaha tangga kejayaan. heh! *wink* anyway, satu hari, kitorg decide untuk cuba produk biodex. gile mahal eh! spent rm300 at least. dah la barang-barang tu sume tahan untuk 2 weeks pastu kene beli lagi. so kesudahannya, kami cuba hanya untuk sebulan lebeh jek. tak larat lah.
then, try la google itu ini. finally, mummy amalkan iron folic setiap hari without missed! pastu mummy tak minum langsung coffee and tea. exercise? anggap jek tempat keje turun naik tangga tu exercise. huhu.. malas! time ni mummy and daddy redha dengan keadaan kami. orang-orang yang akan memberi kesan negative pada mental kami, kitorg jauhkan. kitorg mula calm down, dan tak stress dah. bagi kami, go with the flow. kalo ada, ada la, xde, cuba lagi. yang penting kami tak stress lah. right after 3 months, mummy disahkan pregnant! ya Allah, masa tu gembira tak terhingga. rasa syukur ya amat.
Allah Maha Mengetahui dan Maha Penyayang. Dia tahu bile kite benar-benar bersedia untuk pikul tanggungjawab yang berat tu. yela, zuriat bukannya barang untuk kita tolak sini sana. mungkin awal perkahwinan kami tak bersedia lagi, dari segi fizikal, mental dan yang penting ekonomi. dengan berkat kesabaran dan usaha, ekonomi makin pulih dan masa yang sama, datang pulak berita gembira ni. memang kire perfect timing lah! lagipun rezeki datang tanpa kita rancang. bile difikirkan, time dapat tahu mummy pregnant dulu, memang mummy sangat terkejut. kalo mummy pregnant early marriage dulu, mungkin mummy tak seterkejut macam tu. yela, kawen pastu trus pregnant, standard la tu kan. jadi pengalaman ni lagi membuatkan mummy lagi bertambah tambah la sayang dengan little coro ni *loves*

p/s : kuatkan semangat kepada sesiapa yang sedang mengalami kejadian ni. its just a phase. doa banyak-banyak. usah peduli orang lain. aja aja fighting!


Lots of love,
FYHA

Sunday, December 5, 2010

Update skit

0 comments
dah siap basuh rumah. next, kene start packing. ok malas. boleh tak barang-barang tu masuk dalam kotak sendiri then unpack balik kat rumah baru tu? huh....


Lots of love,
FYHA

Tuesday, November 30, 2010

New crib, new us

2 comments
gonna move to a new home soon. can't wait. promise will write an entry about it. yes, i can be impatient at times. and will keep dreaming about it every single nite until we actually moved in. ahaks! *mental*


Lots of love,
FYHA

Mintak jauh

0 comments
risau dan takut.

tu yang mummy rase skrang. macam-macam dengar cerita from hot mamas, anak kesayangan ramai yang demam, selsema, batuk. ade yang sampai masuk spital. aduh! plus, musim ujan and panas tak menentu. teruk lagi kalo berjangkit dari orang lain. owh, fenin fenin! jauhkan lah penyakit dari anakku ya Allah. tak sanggup nak tengok dia dalam kesakitan *sob*


Lots of love,
FYHA

Sunday, November 28, 2010

Kenduri... a BIG NO!

0 comments
well, malam semalam kenduri tahlil arwah nenek kat kampung bukit rokan. yang follow, mummy, tok naani, tok wan and auntie nadia. daddy demam, dia rest kat umah. uncle khalid teman. kite pun kalau demam tak mo dok sorang kan. mesti nak ada teman, kot pape jadi. daddy soh mummy pegi sebab ramai nak jumpe khayra. yela, time raya balik kampung kejap jek. tak sempat nak jumpe. so time ni la family tok wan kumpul reramai.
anyway, sampai jek kampung, muka khayra dah lain dah. tengok ramai sangat orang, dia jadi intimidate sket la. slalu kat umah tak ramai orang, tetibe kat kampung, riuh plak. and guess what, she was crying like crazy all the time! sampai sedu sedan. aiyoo..... dah la dia cume nak kat certain orang tapi just for a few minutes saje. even kat tok naani and auntie nadia pun dia tak mo. hohoho... parah la macam ni. sumpah tak nak bawak khayra kalo kenduri malam dah! *stress*

p/s : kami yang terawal balik sebab keadaan menjadi tidak terkawal! gaahhhh.....


Lots of love,
FYHA

Saturday, November 27, 2010

Khayra now..

2 comments
sambil tgk gymnastics kt tv, meh mummy tulis sket entry pasal khayra 7 bulan plus plus. ape eh dia dah bleh buat skrang?

1. dia makan ape saje, tapi tak suke carrot
2. prefer minum air dalam cup than bottle
3. berguling-guling, meniarap ke kiri ke kanan ke blakang ke depan.
4. toy sendiri tak pandang, suka main plastik, kertas, wire, gadgets
5. tak mo kat orang dia tak kenal. kalo nak pun sangat lah kejap
6. rambut dah banyak dah! hahaha (skill kah?)
7. suke tiup makanan dalam mulut.. haihh
8. tiap kali orang makan, dia yang mulut terkecap-kecap.. hehe!
9. nap siang 3 jam max. and malam dia akan tido kul10pm sampai kul8am. bangun malam? sangat jarang. mummy bleh tido dengan nyenyak *suke*
10. kenduri? tak suke. yes, anak saya antisosial sket
11. tak penah kembung, alhamdulillah
12. suke main ba ba cak. dia akan ketawa sekuat yang mungkin
13. kalo mummy tak pakai tudung, tok naani pakai tudung, yes, dia akan pegi kat tok naani sebab pakai tudung maknenye pegi jalan. clever girl! hahaha
14. sangat tak suke potong kuku. dia akan jerit nangis-nangis mengalahkan kene monthly jab okeh. macam kene dera plak
15. suke main dengan kaki. orang kata "mintak adik". jangan la khayra, penat mummy tak abes lagi ni. huhu
16. suke cermin!
17. tak leh duduk diam, aktif ya amat. tu sebab mummy kurus. ngeee....
18. dengar lagu dia suke, dia akan tepuk tangan
19. dia akan nyanyi sendiri dulu sebelum tido
20. kalo dia tak mo makan or minum, dia akan tutup mulut dia rapat-rapat.. notti!

takat ni yang mummy ingat. nanti kalo mummy teringat lagi mummy tambah la eh. lagipun nak siap ni nak balik kampung. ada kenduri tahlil. haihh jangan lah khayra meragam (which is impossible not to). pasal tu pun mummy akan update kemudian.


cheeky little you!

p/s : sila abaikan quality gambar. huhu!


Lots of love,
FYHA

Friday, November 26, 2010

In my own world

2 comments


budak notti dah dapat bakul... hahaha. ntahape yang best sangat bakul tu mummy pun tak tau la. mainan sendiri tak mo main. bende lain macam remote control, laptop, handphone tu yang jadi pujaan. tok naani panggil khayra "tech baby". what can i say.. she is daddy's lil girl after all (",)


Lots of love,
FYHA

Tuesday, November 23, 2010

Our 3rd year together

0 comments
wow, arini genap 3 years of our lives as a husband and wife! sadly, daddy outstation ke pahang. don't know when he'll come back home *sob*
anyway, daddy, thank you for loving me. it's so great to find that one special person like you to annoy for the rest of my life and bare with me every single time. heheh! i love you honey and i always will. xoxo.


Lots of love,
FYHA

Go to bangi

0 comments
okeh, kali ni experiment bawak khayra naik public transport g bangi jumpa daddy. oleh sebab mummy malas nak drive, kite naik komuter lah. lagipun nak kasi khayra experience kan. naik jek komuter, a few minutes after that, khayra dah berada di dalam lalaland. elok la tu, lain kali bleh bawak lagi. huhu...

p/s : next attempt, plane plak.


Lots of love,
FYHA

Sunday, November 21, 2010

Port Dickson sangat tak best.. period!!

1 comments










ok lovies, dah saksikan gambar di atas? hahaha.... okeh, khayra tak suke laut!! hahaha... lawak muka dia, tapi kesian pun ada. macam terseksa jek. so kesudahannya mandi kejap jek. bagi pelampung pun tak jalan. ngeee.... mungkin dah besar sket dia ok la kot. dia takut itu ombak. bunyi air kuat, dia cuak. rite now, dia prefer pool. nanti kite pujuk daddy beli pool la yek sayang tapi yang kecik jek la. hehe. dah tak mo nanges dah.. shhh......

p/s : by the way, thinking of not going to teluk kemang anymore. gile kotor. gile crowded. gile busuk. gile benci pegi situ. menyesal!

Lots of love,
FYHA

Love.Love.Love

0 comments
watch khayra bubbling like don't no what! hehehe...




Lots of love,
FYHA

Thursday, November 18, 2010

It's gift time!

2 comments
khayra's all time fave cartoon... for now *wink*


p/s : dibo, nick name for khayra, given by auntie nadia (",)

Lots of love,
FYHA

salam eid adha to all

0 comments
again, sambut raya dengan khayra. as usual, pagi raya di kuala pilah, kampung tok ma. khayra macam tau2 jek raya, kul 7am dah bangun dengan senyum manisnye. hehe! raya puasa aritu mummy cuma sediakan baju spare khayra jek. tapi kali ni, kene sediakan makan pulak. makin penuh kete ngan barang khayra jek. huhu!
sampai kampung, mummy kasi khayra breakfast dulu pastu baru g masjid. mummy tak dapat join solat sebab jaga khayra, so mummy dengar ceramah and join tahlil jek. tu pun khayra dah start cembeng dah. aiyoo anak mummy ni...
dah setel kat masjid, makan plak lemang, rendang sume. owh by the way, ni first time masjid tu xsembelih lembu or kambing! baru jek nk tunjuk kt khayra *sedih sket* ok, pas dah makan, mummy tidokan khayra plak memandangkan khayra dah mula meragam. secara kesimpulannya, xde buat apa arini. yang lain-lain termasuk daddy pegi visit wan uda sebab arwah tok uda baru meninggal aritu. mummy ngan khayra xpegi sebab khayra meragam. semalam panas kan, so khayra xselesa. asek nak marah, xmo ngan orang. aiyakk..
petang dalam kul4pm, gerak balik. nasib baik x jam...


tido kekenyangan


p/s : khayra sorang jek ade baju baru untuk raya. mummy ngan daddy pakai baju raya lepas jek. haihh.. tula ada baby, asek pikir pasal dia. diri sendiri pun dah xkesah dah!


Lots of love,
FYHA

Saturday, November 13, 2010

Breakfast at mc d

0 comments
khayra, khayra, rabu lepaskan kite pegi breakfast ngan auntie tina and aiman! suke suke!


a.i.m.a.n

k.h.a.y.r.a

auntie tina and aiman

pe yang khayra suke sangat

comei jek dua-dua tengok camera

our new addiction

borak kemain

auntie tina bagi hat ni, thanx in a million!! khayra suke.

lain kali kite kuar sama lagi eh. kite g shopping lak sama-sama pasni. mungkin mid valley? hehe... auntie tina, jom?


Lots of love,
FYHA

Sunday, November 7, 2010

Makan jom

2 comments
dari sehari ke sehari nak bagitau jadual makan khayra. asek lah lupe. okeh, khayra makan 3 kali.

breakfast 8am-9am : farley's husks biscuit campur dengan ebm
lunch 1pm-2pm : cerelac gandum + honey, fruit juice
dinner 5pm-6pm : bubur nasi + vege + chicken/ fish + fruit juice

masa awal-awal dulu cube cerelac rice tu. tapi khayra macam allergic, naik bintik-bintik merah kat bibir sampai leher dia as soon as after makan. trus stop. sian dia. at least tau la apa dia allergic. may be ape yang dalam cerelac tu dia tak tahan kot. yang lain, insya Allah tak de problem. alhamdulillah...

p/s : khayra tak suke minum air kosong, tolong!


Lots of love,
FYHA

Alamak!

0 comments
tadi family tok su datang after hantar auntie syirot ke uia nilai. si kecik ni of cos excited tak mo tido. yela uncle zaim ngan uncle rezza ada untuk melayan dia. pastu bile depa dah balik, mula la dia start meragam dia. slalu mummy kasi makan, mandikan then baru tidokan khayra. tapi kali ni, kasi dia mandi dulu sebab bubur sket lagi nak masak. pastu kasi lah makan. baru beberapa suap, terus tetido! ya Allah, ngantuk sangat sayang mummy ni. dengan mulut comot dia.. hehe! sudahnye, kasi tido dulu, pastu baru la sambung kasi makan balik. khayra owh khayra. macam-macam kamu ni eh :)


Lots of love,
FYHA

It's pool time!

0 comments
semalam first time khayra mandi pool!!! yeay!! seronok gile dia eh. kaki ngan tangan tak leh dok diam. slalu mandi dalam tub jek. tapi kali ni tub macam besar jek yek sayang? hehe.... kiut! saje jek nak testing khayra suke pool ke tak. so, daddy bawak la pegi visit family tok su. rumah tok su ade pool (",) lagipun auntie zira (hmm khayra nak panggil auntie ape eh?) tengah peknen week 28! cumil pewut dia. tingat time khayra tendang-tendang pewut mummy. anyway, masa mula-mula masuk air, khayra terkejut sebab tak penah mandi air sejuk. lama-lama lupe diri dah budak kecik ni. tapi rugi la takde gambar. mummy and daddy dua-dua teman khayra mandi. nanti rosak plak camera, tak pasal jek. huhu!

p/s : next week daddy kata nak bawak pegi air panas kat pedas tu. mintak-mintak jadi. hehe! owh owh, thank you tok su and family! lain kali kami tumpang lagi yek. ngeeee....


Lots of love,
FYHA

Friday, October 29, 2010

Mak ngah's engagement "party"

0 comments
okies, ni piccas of mak ngah's engagement. enjoy!

sangatlah suke shot ni







tunang mak ngah, tok ma and tok pa

khayra and mummy!

daddy and khayra!







isn't she pretty? sangat happy muke dia kan? hehe... teringat time mummy dulu *berangan* anyway, congrats buat angah. can't wait for the next BIG event! (",)

p/s : creadit to mr ming for the seriously gorgeous piccas! *likes*


Lots of love,
FYHA
 

NEW PHASE OF LIFE Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal