Tuesday, August 31, 2010

Okeh, tak sabar

0 comments
tak sabar nak minggu depan! nak shopping baju raya. first time nak shopping raya baju khayra, oh excited! khayra kene beli baju time nak dekat-dekat raya sebab beberapa bulan lepas tok naani beli baju raya untuk khayra skrang nyaris ketat yek. so memang sengaja pegi shopping nak penghujung puasa. mungkinkah harga lebih less! ah berangan.

p/s: theme kami tahun ni chocolate!


Lots of love,
FYHA

Daddy dah besar!

0 comments
bulan august pun bulan penting untuk khayra ingat yek. 24th august bday daddy!!! okeh daddy tua sket dari mummy tau. jangan lupa tu! hehehehe!!! memandangkan bulan puasa, so masak untuk berbuka jek, tapi special sket. kita buat ala western. daddy suke tu. masa ni daddy sakit kaki so dia makan ayam, mummy makan lamb! all time fave! kalau kat kl maybe g dinner la kot. tapi kat seremban ni takde tempat best nak pegi. take a sneek peek meal kami :)


serious sedap


Lots of love,
FYHA

Next big thing

2 comments
aritu nak update and letak video pasal khayra dah bleh turn over and meniarap.. tadaaaa.....


video

seronok gile bile dapat tengok baby kite membesar depan mata kita. won't trade it with anyone else! period! mummy love love love you always my baby girl, khayra! muahhh...

p/s : bile ntah nak bawak khayra sunat ni. time raya kot. skrang daddy sibuk.


Lots of love,
FYHA

Lovies

0 comments
ahh sangat busy bulan ni. nak update tapi takde masa. huhu! bulan puasa macam rasa cepat sangat masa berlalu. weekend lepas ada dua iftar.
saturday kat umbai melaka bersama ngan kawan-kawan class '96-'98. lebih kurang 17 orang gak la yang ada. makan sangat best, environment pun best, kawan yang ada best best best. rasa macam dah tua, semua datang either bawak baby or pregnant! hahaha.. dulu ingat lagi sume macam bawak gf bf jek. sekarang ada si kecik yang ikut! *big grin*
on sunday plak kat seremban jek. kali ni dengan kawan-kawan class '99-'00. siyes lama gila tak jumpa mereka nih! banyak sangat cerita lama-lama diungkai kembali. wah! hahaha.. lawak-lawak sume. siap dendam pun ada nih. hihihik!! hope dapat jumpe lagi time raya nanti.


my girls

suke sangat time nih (",)


Lots of love,
FYHA

Thursday, August 19, 2010

Happy day

0 comments
owh owh nak bagitau! arini mummy telah menyaksikan satu lagi bende yang best: khayra dah bleh turn over dan meniarap tanpa pertolongan!!!! first time nih. sangat teruja! satu kelebihan houzwife yek, dapat melihat perkembangan anak depan mata. ku gembira!! mari jadi houzwife ramai-ramai! ngeee....
so far ini la sifat-sifat naughty dan cheeky khayra...

1. pandai borak-borak
2. dah mula mengenal dan memilih orang
3. pandai jerit high pitch punye
4. mandi macam mermaid dah kaki dia
5. isap jari, tapi semalam dia dapat lagi satu skill, isap dua-dua thumb trus. hahaha!
6. pas mandi petang, wajib bawak evening stroll, kalau tak, tak mau tido.
7. rambut dah banyak dah! hehehe...
8. breastfeed still 2 jam skali
9. pandai tengok tv, mula suka iklan
10. pandai dah tarik rambut
11. agak sukar hendak memakai baju khayra after mandi. sangat mencabar okeh. dulu 5 minit bleh siap. skang nak letak bedak jek 5 minit. berpeluh-peluh!
12. macam tau-tau jek dah kul10pm, trus merengek nak masuk bilik untuk tido. clever girl!
13. suke timang-timang dah

apa lagi eh.. so far tu yang mummy ingat. haihh cepat jek tengok dia besar. rasa macam baru jek bersalinkan dia. huhu....


Lots of love,
FYHA

Tuesday, August 17, 2010

Ku terima seadanya

0 comments
pada suatu hari,

daddy : b, b nak baby berapa orang?
mummy : 4 orang jek boleh?
daddy : owh, saye ingat nak dua jek.
mummy : *errkkk*

hehe ala, selagi ada rezeki, kami terima. by the way, sekarang ada amik pil noriday untuk planning (ingat nak peknen after two years kot) tapi baru makan 1 pil jek pastu lupa jek manjang! hahaha... dah la period macam ada tak de. susah nak plan kalo ikut period. orang kata kalo kite bf, period tak lama macam biasa. betul ke?

p/s : dapat 2 pasang best gak kan? haks!!! *lambat lagi k farah yasmin.......*


Lots of love,
FYHA

I am 4 months old

0 comments
daddy's little girl

semalam gi check up khayra. untuk 4 bulan takyah kene cucuk. fuhhh selamat! tak de la anak dara mummy lalak kat klinik tu. huhu.. overall result ok. khayra dah 5.9 kg :) syukur alhamdulillah selera dia tak berkurangan.
nak story ni, malam tadi mummy kluar kejap ngan daddy tau. tak bawak khayra sebab pegi kejap jek nak beli pampers pas solat terawih. lagipun dah malam sangat nak bawak pastu khayra pun tido mase tu. kene la tinggal ngan tok naani and tok wan sekejap. mummy balik jek tengok khayra dah berdukung dah, muke merah baru pas nangis. pastu mummy cakap2 ngan tok wan. khayra dengar jek suare mummy, trus jerit nangis! whooaa merajuk punye nangis tau. nyaring plak tu. ok la pasni mummy and daddy tak tinggalkan khayra yek. sian sayang mummy nangis macam baby kene dera. huhu....

p/s : now, pantang jalan naik keta, khayra confirm tido (",)


Lots of love,
FYHA

Tuesday, August 10, 2010

Salam ramadhan

2 comments
esok first ramadhan, alhamdulillah tahun ni sempat lagi untuk merasai nikmatnya.
story pasal bulan puasa ni, tahun lepas, mase bulan ramadhan la mummy dapat tahu mummy mengandungkan khayra. rezeki kan? hehehe... syukur... tahun ni dapat la mummy berpuasa bersama ngan daddy + khayra! *suke*
tahun lepas, oleh sebab mabuk yang tak tertahan-tahan, mummy cuti 8 hari. nasib tak banyak, kalau tak jenuh nak mengganti tahun ni. dah la bf khayra, mummy plak yang asek haus ngan lapar jek. huhu!! tapi masa mummy ganti puasa hari-hari yang lepas, mummy boleh tahan walaupun bf. kene minum air and susu banyak-banyak la time sahur and buka. so, takde maknenye kalo bf tak leh puasa. tu sume mainan akal, chewah! hehe.. tak tau la plak kalau ada orang betul-betul tak leh puasa sebabkan bf *ade ke?* apa-apa pun nawaitu tu yang penting. tapi mummy tak leh nak join terawih,takde orang nak tengokkan khayra. ruginye!!!!!
anyway, sempena ramadhan ni, mummy nak wish, selamat berpuasa semua, ampun maaf segala salah dan silap yek. semoga kite same-same mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini, amin.

p/s : nak pegi bazaar dengan khayra esok *much love*


Lots of love,
FYHA

Friday, August 6, 2010

Seminggu sudah....

2 comments
wow.. ini dah cipta rekod dah ni.. rekod ape? rekod seminggu khayra tak poo poo! terkejut? haha usah terkejut, masuk ni dah dua kali dah khayra poo poo seminggu skali. tapi minggu ni lama skit, seminggu sehari :)
knape kite tak perlu risau jika anak kite tak poo poo? tapi ini khas untuk yang fully breastfeed yek. kalo campur, saya kurang pasti :)
anyway, susu ibu adalah susu yang terbaik, btul? 70%-80% dari susu ibu adalah air, so terang-terangan di situ kite tak perlu beri air kosong kepada baby kite. kalo ikutkan, air kosong tu walaupun kite nampak bersih, tapi ada bakteria and dedak-dedak (kekeadang ada kat bawah bekas air isian minuman). so it is not good for the baby, kan. lagi satu, breast milk contains protein, fat, carbohydrates and minerals. jadi bila baby minum susu ibu, susu itu akan meresap ke seluruh badannya. tu sebab takde bende yang nak di poo poo. itu la yang babies sume gebu-gebu tu! comels!!
kepada ibu-ibu, takyah risau tau. kalo baby poo poo lambat itu normal. jangan masukkan ubat macam bullet tu. tak elok sebab kite pakse dia poo poo. pewut mereka tak mature lagi. no worries k mummies!! (",)


Lots of love,
FYHA

Candy bar!

2 comments
anak dara mummy dah pandai isap jari! hukhuk.. im so proud of u! knape? susah payah after beberapa kali cubaan beserta amukan, akhirnya khayra berjaya jugak! hehe...
at first, mummy konfius nak kasi ke tak nak khayra isap jari. yela ada orang kata nanti gigi jongang la, jari tak cantek la so agak kenkonfiusan di situ. pastu, tok naani ngan tok wan plak soh kasi pacifier kat khayra sebab kesian masa tempoh percubaan untuk memasukkan jari tu. tapi daddy ngan tok ma tak kasi pakai pacifier plak sebab nanti khayra konfius time nak breastfeed nanti. by the way, tahukah anda baby yang isap pacifier ni terdedah dengan SIDS (Sudden Infant Death Syndrome). jangan main-main tau. so, conclusion nye isap jari la gamaknye.
since khayra pandai isap jari, sume keje jadi senang. kalo dulu before tido nak dukung, sket2 dukung. tapi sekarang, letak jek khayra dalam cot, trus isap jari and tido. kadang2 jek dia membebel sorang-sorang sambil isap jari. bijak anak mummy nih! mummy pun heaven la kejap. leh buat keje umah tanpa gangguan. harap-harap tempoh isap jari ni tak lama la yek. kang isap sampai dah besar kang jenuh jugak.. huhu!
look mummy!! i've made it!


Lots of love,
FYHA
 

NEW PHASE OF LIFE Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal