Friday, August 26, 2011

Iftar with dorm mates

0 comments
this time, kitorg berkumpul kat fish manhattan di alamanda. nasib baik dah booking, ramai gile orang. seronok dapat gather ramai-ramai slalu. macam-macam crite kuar. hehe. next perjumpaan time raya. mesti jumpe sebab auntie beep tunggu time jek nak deliver, excited nak jumpe our new member! counting days......


leka tengok lagat khayra and danish

team single, kunun! hahaha

yummeh

ni mesti tengah syok gosip ni

after kenyang, muka pun bolat

pewut auntie beep!!! okeh, khayra konfius. hahaha!

budak-budak tak abis konfius lagi

generasi Y


Lots of love,
FYHA

Wednesday, August 24, 2011

Budak baru dapat kaki

3 comments
ni la dia aksi dia. susah la bawak pegi shopping ini kalu. pastu agak-agak penat, tros dia merangkak dalam boutique tu. hahahaha!








see? siap dia lead jalan kan. hohoho...


Lots of love,
FYHA

Tuesday, August 23, 2011

Frustration

2 comments
kenapa shopping mall skit punye hebat, tapi surau dia macam #$%^&*????? sape yang terlibat dalam design approving bagai tu tak mo pahala lebih ke???? benci btol la.

kan mummy pegi the garden kan. masuk-masuk tengok, wow, tersergam indah all the boutiques sume. brand yang bukan calang-calang pulak tu. then, masuk zohor, kitorg nak pegi solat, perrgghhh KECEWA!! why??? tempat dia sangat corok sebelah food court yang sangat low class. and the best part is, sebelah tong sampah!!!!! ok, tong sampah tu di pintu sebelah but still!!!! the building is so big, siap ada hotel bagai, and you design the surau dekat situ? wow, your idea was so damn 'brilliant' man! i 'solute' you! blerrgghhh! actually, that was our first time there, so overall, we were disappointed with the facilities. nursing room pun sedih jugak. haih.....

so far, tempat yang mummy slalu pegi, one utama and the curve la yang best. nak solat selesa pegi situ la. besar, tak serabut, bersih. nursing room dia pun best jugak. same goes to sunway pyramid. surau dia not that bad. still bleh terima.

tempat ibadat bukannye bleh main-main. ni soal sensitivity. mane-mane religion pun mesti amik kisah kan? same goes to us la as a muslim. apa la korang ni..........

p/s : name jek negara Islam, tapi......


Lots of love,
FYHA

Monday, August 22, 2011

Shopping raya!

4 comments
lately ni terasa macam tersangat lah busy nye. kata nak raya kan. so last week, mummy dah start baking project dah. cornflakes cookies yang sangat crunchy! hehe.. then stop sekejap sebab for 3 days, pegi shopping baju raya. konon nak tunggu minggu depan, macam rushing plak, that's why terpakse tukar plan.

first day pegi sunway pyramid. time ni just survey jek sebab sampai pun dah petang. tapi dah mula la eyeing baju yang cantek-cantek.

the next day pegi alamanda plak. main purpose sebab ade iftar ex-dorm mates. sambil-sambil tu tengok-tengok la jugak kan kot ade baju berkenan. tapi nan hado. kesudahannya, gi iftar jek la (will story about that later).

finally, semalam gi the garden and mid valley. mak aih ramai btol la umat manusia. ingat kitorg jek shopping last minute. kuikuikui! parking kat the garden, malas nak bersesak kat mid valley. start shoping baju khayra dulu. geram gile tengok baju untuk 1 yr old plak. taun lepas geram tengok baju untuk babies! hahaha... macam sume pun nak lah! pastu time sibuk-sibuk beli baju khayra, dia tdo la plak. jenuh nak test time dia dok baring kat dalam stroller tu. dah setel baju khayra, sambung plak carik baju mummy and daddy sampai kul9 lebih. fuhh letih gile macam nak tercabut dah kaki ni. tok naani pun ikut, sian dia. but whatever it is, lega dah bab baju setel.

so tonight, sambung buat cookies lagi. rase macam nak buat peanut butter cookies dulu. aritu time buat cookies khayra sangat behave. tengok movie rapunzel tanpa kacau mummy kat dapur. then, dah nak abis crite tu, baru dia datang "melawat" mummy. dah boring la tuh! malam ni nak tengok cartoon ape plak eh???

p/s : khayra dah bleh jalan! alhamdulillah. tak sabar nak tengok dia jalan pakai baju kurung nanti *likes*


Lots of love,
FYHA

Tuesday, August 16, 2011

Rumahku syurgaku

0 comments
tengah dok kemas-kemas umah, sempat mummy berangan ni. kunun nak umah deco gini, bleh?








dah cukup-cukup! berangan teruk mummy neh! hahahaha. anyway, ni sebahagian aje. blom masuk bedroom la, kitchen la, bathroom la. aiyoooo! i like these designs sebab simple, modern and nampak macam cozy sangat. rasenye kalo umah kitorg macam tu, segala bantal and bunga dah menyembah bumi kot, akibat dibaling dek khayra. hihihi!

p/s : piccas were googled, not mine (",)


Lots of love,
FYHA

Monday, August 15, 2011

Preparation raya anyone?

4 comments
salam 15 ramadhan sume! lagi half puasa nak raya dah. suke tak suke suke tak suke suke?

puasa kali ni tak dapat join daddy pegi terawih. kene babysit khayra yang makin banyak akal ni. hehe. nanti khayra dah besar skit baru bleh hangkut skali tapi takut dia buat bising kan macam budak-budak kat surau/masjid tu. kacau orang lain plak. hushh...

anyway, preparation raya tak start hapa pun lagi. erkk baju kurung and melayu dah tempah la tapi, cuma tak amik jek lagi. tunggu daddy cuti raya hujung bulan ni baru nak gi amik, baru nak gi beli baju khayra, daddy and mummy. sempat kah?

one good news! umah kitorg finally free dari boxes! or dari erti kata yang lain, kami dah abis unpack! padahal pindah december lepas, skrang baru abis unpack. better believe it babeh! hahahaha... nampak sangat betapa 'rajinnye' mummy nih LOL

this week, insha Allah, ada iftar bersama ex-freescalers and ex-dorm mates. can't wait to see my girls. and boys. hehe! (",)


Lots of love,
FYHA

Sunday, August 14, 2011

Panggil saya mimi lol

2 comments
"mimi.... mimi.... mimi...", khayra panggil.

ok, nama saya mimi, bukan mommy *big grin*

comel la kamu ni. ishkk! you just light up my day once again.


Lots of love,
FYHA

Saturday, August 13, 2011

Happy cookies

2 comments
enough with sad stories. i need to keep myself occupied to not feeling depress.

so, what did i do? korek punye korek, dah jumpe kepingan recipes untuk biskut raya! actually, kepingan ni asal dari satu buku yang sangat old school kepunyaan tok naani. recipes sume from mummy punye arwah tok tau. see, turun-temurun. a few months back, si kucing pee pee atas buku tu! cis punye kucing. maka dengan itu, kene la selamatkan helaian yang tak tercemar. huhu..

tadi mummy dah siap salin dan gam-gam dalam buku baru. harta yang akan mummy passkan kepada cik nur khayra nisrin satu hari nanti. hehe! bilekah projek membuat biskut raya? hohohoh next week next week next week! can't wait.

p/s : dah 2 minggu puase dah, cepat btol mase berlalu...


Lots of love,
FYHA

Wednesday, August 10, 2011

He will be missed

3 comments
tercungap-cungap. tula yang keadaan mohammad haifat haiqal masa dia sampai kat umah after doctor discharged him from the hospital. dia cakap haifat dah koma, takde respon. it is better for him to go home, be with his loved ones. in the meantime, family members came to visit, surah yassin berkumandang tanpa henti. as soon as terawikh selesai, imam dan orang surau datang lawat haifat. bile dia tengok keadaan haifat macam tu, dia suruh yang lain bagi ruang untuk haifat terutama skali bahagian kepala. then, imam dan yang lain mula bacaan yassin. bila imam start jek, nafas haifat tros stabil. miracle. ade mase, kelihatan pak imam pun menitiskan airmata dia. memang sapa aje yang ade kat sane mesti terasa sayu sangat, bile nak sampai ayat-ayat akhir surah yassin, haifat pun mengalir airmata jugak. sebaik saje selesai bacaan, haifat pun dah takde......

senang. mudah. aman.

tula cara arwah pegi. alhamdulillah. pegi tanpa secalit dosa, dia meninggalkan dunia yang fana ni. sepanjang proses mandikan, kafan, kebumikan, takde sebarang masalah pun. malah, rupa arwah sangat tenang seakan tido dengan nyenyaknya sambil tersenyum. terasa seperti segala kesakitan dia dah hilang.

mummy, airmata sangatlah murah semasa menatap arwah buat kali terakhir. walaupun tidaklah serapat mana hubungan, tapi perasaan mummy seperti sayang sangat pada arwah. wajahnya masa dia sihat dan di hospital datang bertalu-talu dalam kepala mummy. ya Allah, kuatkan lah semangat ku, dalam hati mummy.

Allah sayangkan kite. tu sebab Dia beri dugaan supaya kite dekatkan lagi diri padaNya, mintak pertolongan, perlindungan, panduan. macam daddy cakap, bayangkan kite berjalan di padang pasir, sesat tanpa arah. jalan dan jalan dan jalan, akhirnya jumpa sekolam air. bagaimana perasaan ketika tu? mesti gembira kan. macamana kalo kite sentiasa jek dapat air, mesti kite tak rasa nikmat air tu kan. terang daddy untuk menenangkan hati mummy.

mummy berdoa supaya kegembiraan menjadi hak milik keluarga arwah selepas ini. beringatlah, jangan jauhkan diri dariNya, insha Allah, Dia akan sentiasa di sisi.




p/s : bile kite sedih dengan masalah kite, ingat, orang lain ade masalah lagi susah dari kite. jadi, syukurlah dan semangatlah untuk kite bangkit semula.


Lots of love,
FYHA

Tuesday, August 9, 2011

Selamat tinggal sayang

3 comments
akhirnya


dia pergi jugak tinggalkan semua


haifat........


semoga kau ditempatkan di syurga, bahagia lah di sana.


tanpa rasa lapar dan dahaga, kau dapat bermain riang.


tanpa berasa sakit, kau tersenyum girang.


semua kesayanganmu akan sentiasa mendoakan kau dari jauh. akan kite ketemu lagi. satu hari. pasti.


al-fatihah.


Lots of love,
FYHA

Thursday, August 4, 2011

Khayra dan puasa

3 comments
puasa oh puasa. arini dah masuk ari ke 4. kejap jek kan. pastu baru start puasa, dah fikir nak makan macam-macam! haks... nafsu makan kuat! tapi tuan badan cekeding aje. hehe...

anyway, khayra now dah setaun 4 bulan dah. yes, dia tak pandai jalan lagi. runsing! tak pe raye lagi sebulan. khayra practice okeh.. huhu! last week pegi check up, alhamdulillah dah 10 kg anak mummy. pastu ubat cacing pun dah kasi. lega dah satu lagi bab. harap tak de la sakit-sakit perut, muntah or what so ever. babies after 1 year old dah digalakkan amik dah. so mummies kat luar sane, sila lah yek.

skrang khayra pun dah banyak mulut dah. tak larat kadang-kadang dengar dia bebel. blom dia start tanye 'knape knape' kan. hoho! dia leh la sebut, nak and tak nak, baby and yes, dia lagi pandai sebut nama kucing dia, tabby, dari mummy and daddy. sabar jek lah! kalo mummy kat dapur tengah masak, dia pun dok dapur gak punggah barang and main masak-masak jugak lah. tapi dia tak kaco mummy so okeh la kan. dah la bulan puasa ni memerlukan konsentrasi kat masakan, yela tak leh rase so kene concentrate lebih skit walaupun main campak-campak jek bahan dalam periuk. hikhikhik!

lagi satu, khayra dah pandai tantrum la. risau mummy tengok. kalo dia marah or merajuk tu, sampai sujud kat lantai tu dia punye mengamuk. adoyai khayra, jangan la camni sayang. not good la baby. canme nak buat eh?

p/s : selamat berpuasa semua! petang ni nak masak sambal sotong pedas. fave tuh *drooling*


Lots of love,
FYHA
 

NEW PHASE OF LIFE Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal