Wednesday, April 25, 2012

Check up

0 comments
okeh, mommy dah lupe mommy dah masuk week 25 arini *dush dush*

tadi baru lepas check up. alhamdulillah everything is ok. hb pon dah maintain, cuma berat tak naik dari 2 minggu lepas, 50.4kg. since dah 25 minggu, kene la jab kancing gigi. tak pasal jek dah lenguh-lenguh tangan sebelah. huhuhu....

best tak pregnant kali kedua ni? hurmm... perasaan happy tu memang ada, cuma mungkin tak se-excited macam yang 1st time kot. kalo dulu, dok counting weeks untuk start beli barang-barang baby, tak sabar nak perut bulat la, segala jenis cream dari untuk stretch marks sampai la ke nipple cream pon nak beli (pakai nye idak). now, guna bio oil sudah. ngee...

tapi yang mummy tak sabar nak tunggu bile si kecik ni kluar. masa tu lagi excited rasenye. time pregnant ni rase biase jek. baby, baby, please stay healthy. nanti baby kluar, mummy kenalkan daddy and kakak okeh. love you.


Lots of love,
FYHA

Tuesday, April 24, 2012

Anxiety yang tak diperlukan

0 comments
ada satu pagi subuh tu, mummy tetibe bangun, berdebar. perasaan takut nak bersalin dah datang! oh my.

tak tau la pesal tetibe jek perasaan tu datang. padahal dah tau dah sakit bersalin tu camane. macam-macam mummy fikir. yela, setiap kali bersalin pengalamannye pun lain-lain kan. mungkin kali ni mummy tak kene induce macam dulu. mungkin dapat rase pengalaman pecah air ketuban dulu or turun darah ke. or mungkin jugak kene c-sec (oh tidakkk!!). seingat mummy, masa time khayra dulu mummy tak serisau ni. hishhh tak suke lah.

insha Allah, kali ni mummy nak daddy temankan mummy dalam labour room. time khayra dulu tak dapat masuk. rugi! huhuhu.. harap kali ni dipermudahkan la dari proses contraction, bersalin, jahit, latching sampai la kluar hospital esok. amin amin amin.



p/s : dah week 24, dah bleh buat appointment untuk scan 4D (^.^)


Lots of love,
FYHA

Good old days

0 comments
i miss my cuzzie. kite tak contact since last year. sedih.

dulu, we used to be close like sisters. kalo pegi umah paksu, mesti tak sabar nak jumpe dia. dia rapat dengan arwah tok wan. so, everywhere arwah went, she'll be there. kebetulan masa dulu arwah tinggal dengan paksu so dia pun akan stay situ jugak la.

then, masuk tingkatan 1, she moved in with us kat seremban. kitorg pegi sekolah sama-sama, buat projek hari kantin sama-sama, share stories and gossips sama-sama, sumenye sama-sama lah. cume boyfriend jek la tak share sama-sama (kecik-kecik dah ada boyfriend???? LOL)

then, the next year dia balik ke kedah (stays with her family pulak until now). kadang-kadang jumpe masa raya aje. sampai la after arwah meninggal, we went to visit her and family kat kedah, dia pon ada datang a few times ke seremban and that's it, pofffttt, no more. super duper sedih. btol-btol rase kehilangan.

i know what is going on. sume ni cuma salah faham, which not involve us pun. but i understand how she feels for her mother tapi tula, i don't think this is the best way to solve problem. avoiding takkan solve apa-apa pun. plus, family kite kecik jek, bile jadi macam ni, rasa sangat lah tak best. even wedding khalid pun sampai sanggup tak datang. haihh... kalo la arwah hidup lagi, mesti dia sedih.

i wish everything back to how it used to be. no more fighting, tak de lagi masam muka or bermuka-muka. we are family for goodness sake! apa yang dah berlaku tu just let it be. biar Allah jek yang balas, kite ni manusia biasa jek, tak lari dengan kesilapan. kesian my mom, always wonder how her sister is.

*sigh*


Lots of love,
FYHA

April oh april

0 comments
alhamdulillah, mummy daddy and khayra dah baik demam, batuk and selsema. seksanya, dah la cuaca panas kan, khayra punye cranky lain macam plak tu. haihh syukur.

this weekend, sangat lah busy. waa blom sampai weekend dah tau busy eh. huhu.. well, it's mak ngah's weekend la, wedding dia kan. jumaat ni, pagi khatam Quran, ptg nikah and malam berinai. sabtu reception and ahad bertandang. see, busy kan! yes, yang akan paling sibuk ialah khayra! hehhee... harap sume nye berjalan lancar, amin.

cik pengantin pun kacau dodol haa...

dah halang-halang mengacau, decide buat 2 kawah tros

jenuh nk tunggu kering dodol ni


ni aktiviti mengacau dodol minggu lepas. yes, masa mummy and khayra tak larat sebab demam. mummy tolong skit-skit aje. khayra tolong nanges aje. huahuahua!

p/s : may ni banyak dah jemputan kenduri kawen. musim mengawan dah tiba!! kihkihkih..


Lots of love,
FYHA

Happy tuesday!

2 comments
sangat pandai berlakon ini budak okeh! nasib baik tak reti snap gambar sendiri. hehe...






p/s : ehem ehem, auntie aja deary, mummy dah upload gambar 2 year old khayra ehem ehem hehehe!!!


Lots of love,
FYHA

Tuesday, April 17, 2012

Perjalanan breastfeeding khayra

0 comments
bile anak dah masuk 2 taun ni, ramai ibu kat luar sana tarik nafas lega kan? i mean untuk yang fully breastfeed la sebab lepas dah tanggungjawab kene susu anak sampai 2 taun. tapi mummy..........

last year, sejak kejadian ICU tu, mummy dah tak jalankan tanggungjawab mummy dah. bukan niat mummy, maaf yek sayang. even after mummy dah discharged from hospital pun, mummy still under medication. kat ubat tu pon dah tulis, not suitable untuk breastfeed baby, mungkin dose dia kuat, takut affect baby pulak. plus, ubat tu membuatkan susu jadi kering. mummy sedih sangat. dah la kene amik ubat tu sampai nak dekat 2 bulan jugak. masa tu try gak sua-sua ke muke khayra untuk cuba breastfeed balik tapi dia tak mo dah. kecewa btol!

so, from that moment, memang khayra minum totally susu formula. alhamdulillah, tak de banyak masalah macam allergy ke, cirit ke. cuma mummy jaga btol la sebab imune dah kurang kan. at least kalo susu ibu tu, antibody khayra kuat skit. untuk mothers kat luar sana, tolong la continue journey breastfeed ni sampai anak 2 years old. banyak benefit dia. insha Allah, kalo dah rezeki anak, apa salahnye bagi dia kan (",) macam mummy skang ni, nak kluar dekat pon kene bawak susu spare la, 2-3 bijik bottle spare la, leceh.

p/s : tabik spring kat mommies yang bertungkus-lumus breastfeed baby for 2 years (or more!)


Lots of love,
FYHA

Friday, April 13, 2012

Dua

2 comments


happy birthday to you,
happy birthday to you,
happy birthday to khayra,
happy birthday to you.


sayang mummy dah 2 years old dah arini. alhamdulillah. mummy doakan yang terbaik buat anak mummy ni.

selama 2 tahun ni jugak la macam-macam khayra ajar mummy. to be independent, bersabar, responsible, lebih teratur and appreciate every little things. yes, gadis sekecik tu mampu mengajar saya sume ni. untung kan? hehehe... tunggu si kecik dalam perut ni nak ajar apa plak. heheh! (^.^)

anyway, present khayra kene tangguh till next month yek sayang. now, tengah sibuk untuk prepare wedding mak ngah. bile dah settle sume baru senang hati nak celebrate kan? insha Allah.


Lots of love,
FYHA

Wednesday, April 4, 2012

A must have

2 comments

sangat la rekemen balm ni untuk anak korang especially yang batuk and selsema. bau dia pon sedap, bau blueberry, and dia tak berangin sangat la macam dewasa punye vicks tu kan.

dulu, sebelum mummy start pakai balm ni, khayra akan selsema (khayra sangat jarang batuk) lama jugak. kekadang ada nak seminggu. masa tu mummy bergantung pada ubat doctor and vitamin. memang kesian sangat sebab yela, dengan running nose nye, pastu malam nak tido, hidung tersumbat plak. adoyai.

then, jumpe la magic balm ni. hasilnye menakjubkan! hahaha statement tak bleh blah. tapi btol, since ada balm ni, khayra tak macam dulu la kalo selsema. contoh baru-baru ni, ari ahad malam dah start running nose, pastu mummy kasi ubat doctor and sapu balm ni kat dada and belakang. esok tu sama jugak la cuma mummy add vitamin c. ubat still 12 hours skali and balm apply after bath and before tido. and voila! ari selasa khayra dah sihat dah! no more selsema. suke suke. before ni pon sama jugak, cepat recover cuma tak ingat bile kejadian tu. so mummy story yang latest aje lah eh. heheh!

so mothers out there. maybe bleh try kalo next time anak korang tak sihat kan. pastu korang cube perhatikan, bile malam, anak akan tido nyenyak jek after apply balm ni kat dada dia. mesti korang pon senang hati nak tido kan! hehehe.. saje jek share info yang best ni (",)


Lots of love,
FYHA

Tuesday, April 3, 2012

Once upon a time

0 comments
dulu kan, masa zaman sekolah sampai la sebelom kawen, tok naani slalu kacau mommy pagi-pagi masa tengah sedap tido. dia akan datang and masuk bilik senyap-senyap pastu baring kat sebelah. sambil tu dia usik la rambut, dahi, pegang tangan and kadang-kadang panggil nama kite pelan-pelan. oleh kerana tengah sedap tido kan, hangin jek time tu. mula la kuar bunyi "hishh" la, "hmmmm" la. hehe! rindu plak masa tu bile teringat balik.

now, i do the same exact thing to my little girl. gagagaga! baru faham perasaan dia. i just love watching her sleep. she looks so peaceful and pretty cute. heheh! best rupenye 'kacau' dia tido. lalalala. tapi khayra tak buat bunyi macam mommy pon. khayra tros nanges jek kalo dia marah tak cukup tido. hahaha! my bad. tapi kan, bile dia cukup tido, dia akan senyum simpul, sambil mengeliat and peluk bantal busuk dia before dia bangun, datang kat mommy and give me a kiss. sweet kan. yes, that's my baby (^.^)

i am so lucky to have you la sayang. walaupun macam-macam pe'el, but i love you too damn much. xoxo


Lots of love,
FYHA
 

NEW PHASE OF LIFE Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal