Thursday, March 31, 2011

Mommies and babies

1 comments
piccas below sume gambar kawan-kawan mummy dengan anak diorg. ada yang mummy kenal dari sekolah, college and keje. i have been longing to meet their cute little angels dah lama dah. siap ada yang dah pandai jalan pun! sad. khayra nak jumpe friends tak? khayra pujuk la daddy. huhu...


wani & baby qisya

teena & baby lara

nana & baby darwish

jue & baby mia

jiha & baby aqeef

ieda & baby arryan

ann +husband & baby sofea (big sis) + baby emily (lil sis)

cute kan mereka!

p/s : entry ni creadit to auntie jaja. heheh!


Lots of love,
FYHA

Jalan-jalan bersama mak ngah

2 comments
semalam first time mummy jejak kaki ke shooing mall sejak kuar dari spital. sedih kan? hukhuk. saje jek eye cleaning ngan mak ngah kat jusco seremban. lagi pun semalam banyak agenda, nak renew insurance kete, bayar utang kat bank, tempah kek khayra and macam-macam lagi la. khayra lak bila masuk jek jusco, trus jerit. excited sangat. sian anak mummy asik kene dok umah jek. hehe. mula-mula gi makan kat delifrance sebab nak kasi khayra mushroom soup. fave dia tu. pastu setel pampers dia, solat sume, baru la mula aktiviti cuci mate. tu mate kitorg bersinar-sinar arini! hahahaha... dah letih, benti makan eskrem plak. yes, kami suke makan dari beli barang. kesimpulannye we had a simple and enjoyable date! sile lah lihat piccas kami walaupun ade 3 jek. ngeh ngeh...


stroller khayra kat bangi. terpakse pinjam jusco nye.


penat sangat


first time naik mainan ni. agak gayat tapi dia tak nak turun. so kene buat 2 round.

p/s : another date tomorrow dengan auntie anym plak.


Lots of love,
FYHA

Jemput datang yek

0 comments
tak sabar nye nak sabtu ni!!!

knape?

sabtu ni ade kenduri doa selamat. hmm sebenarnye combination 3, doa selamat untuk tok ma and tok pa nak pegi umrah, kesyukuran sebab mummy dah sihat and birthday khayra!! agak awal jugak la nak celebrate birthday dia tapi sebab tok ma and tok pa pegi umrah 13hb. tak syok la celebrate diorang tak de kan. tentative majlis :

7.30 pm solat maghrib berjemaah diikuti dengan doa selamat
8.15 pm makan
8.45 pm khayra potong kek
11.00 pm tamat

kul8.45 pm tu yang excited tu. nanti mummy upload piccas ok. even better kalau ada video kan. will usahakan. so, kawan-kawan bloggersku, marilah memeriahkan suasana. majlis buat kat sini :

lot 2557, taman sri landak, seremban. try la google map bagi sesape yang tak familiar ngan seremban.


Lots of love,
FYHA

Monday, March 28, 2011

Lagi pasal mummy

2 comments
since masih ade lagi yang bertanye pasal mummy masuk spital last month, mummy open balik topic ni eh. sape yang dah bosan, bleh tunggu next entry. heheh!

camni cite dia, mummy mula-mula sakit gastrik and demam on saturday. pegi klinik doc check, kasi ubat pastu balik. dah masuk ari isnin pun tak baik lagi. mase ni satu badan tak leh nak gerak dah so tok naani panggil sorang makcik ni untuk urut. dia urut the whole body termasuk la perut. sakit woo! then pas urut tu badan rase ringan skit and bleh la gerak. problem lain plak yang datang, mummy start bleeding macam period tu.
selasa, sangat tak tahan sebab badan sakit balik disebabkan perut, mummy panggil adik daddy datang umah (masa ni mummy kat umah tok naani) dia bawak pegi klinik kesihatan senawang. kene check darah sebab kot-kot kene denggi ke kan. doc pun check result, temperature sume pastu dia soh masuk drip 3 botol. dah sakit, so redha jek la kene cucuk. dah setel, balik.
rabu, haaaa time ni lagi sakit. pegi klinik kesihatan senawang skali lagi. time ni tok ma ade. semalam tok ma ade hal. so tok ma bawak g jumpe sorang doc ni. oh, kene check darah lagi skali. kali ni doc tu check btol-btol, maybe tok ma ade kot. huhu. doc semalam tak usik mummy langsung. doc ni check perut mummy. dia kata dah keras macam kayu dah. dang!! trus dia soh admit ke hospital. bermula lah perjalanan mummy naik ambulance. lagi skali. bersama daddy. trus masuk emergency room. terpakse relakan diri skali lagi dicucuk okeh. tangan dua-dua belah, masuk tiub hmm excuse me, untuk buang air kecil. so bleh bayangkan tak kerelaan dalam keterpaksaan? wuaarrgg! pastu sorang-sorang doc datang check. mula-mula yang bahagian medical, pastu gynea. sementara diorg diskusi, mummy kene buat xray. pastu doc datang balik kata mummy kene operate malam tu jugak. so sementare tunggu tu, gile haus! aiyooo tahan jek la. then bile dah tibe masenye, diorg tolak mummy untuk ke 3rd floor. masa masuk lift tu, ade sorang kakak ni, dia cikgu pafa, dia siap baca doa untuk mummy. thanks kakak! masuk operation theater, sejuk, pastu tak ingat ape dah. daddy crite, operation start dalam kul 12am. kul2am, surgical doc kluar explain dengan daddy yang dia tak jumpe apa-apa yang abnormal. so dia pass ke gynea. dalam kul4am, dah selesai sumenye, gynea tu kata dia jumpa nanah kat womb. so dia dah remove dah. unfortunately mummy tak leh nafas, tercungap-cungap, mummy kene masuk icu, intubated.
khamis, mummy dah sedar tapi mummy dah lupe ape jadi. heheh!
jumaat, mummy text message tok pa yang mummy susah nak nafas and sakit. pastu daddy nampak mummy tulis macam tu, dia bagitau nurse. mase ni mummy dah start dapat lung infection/pneumonia tu. within 24 hours, trus merebak ke seluruh lung.
sabtu and ahad, mummy direhatkan. so tido tak sedar pape. tapi mase ni la kritikal sampai doc cakap peluang 50/50. dia soh doa banyak-banyak mintak yang terbaik.
isnin, keadaan dah stabil tapi still tak sedar lagi.
selasa, mummy start kasi respon macam angkat kaki, gerakkan jari. dah sedar tapi lemah.
rabu, masa ni mummy dah tak pakai tiub untuk nafas.
khamis, pindah ke wad biase. doc monitor sampai ari ahad pastu balik!!!

what a journey..


Lots of love,
FYHA

Proud mummy

3 comments
last few days, ade kejadian yang buat mummy happy and proud dengan khayra. critenye gini, khayra nak berdiri, so dia nak pegang coffee table tu untuk dia diri. mase tu pulak dia tengah pegang toy dia kat tangan kanan. pastu, dia letak la tangan kanan dia kat meja tapi disebabkan ade toy tu dia tak leh la nak paut kan. guess what, dia letak toy dia dulu atas meja, then baru dia diri gune both hands! dah berjaya diri baru la dia pegang toy dia balik. whoooaaa!!! she's only 11 months and she can think that kind of solution! ok maybe for you, it's nothing, but for me, it was HUGE!!! well every little details yang anak kite buat is a big deal. heheh! oh khayra, make your mummy happy lagi ok. show me more skills of yours. i love you baby! big hug.


Lots of love,
FYHA

Saturday, March 26, 2011

Skill baru

0 comments


yes, dia sangat excited bile dengar lagu especially from playhouse disney. iklan tv lak dia suke iklan susu dutchlady. kalo tengah main then dengar plak lagu tu, trus pusing pastu goyang-goyang badan. kemain lagi anak dara mummy ni eh. bagi mummy la, time age khayra skrang ni yang paling best sebab dia dah pandai berinteraksi dengan kite. kalo dulu dia buat cute-cute jek. tapi skrang, eeiiiii geram!! very cheeky! saje jek buat mummy tambah-tambah sayang kat dia kan! xoxo.

oh, knape pakai bib? sebab air liur meleleh dengan lebatnye. jadi nak mengelakkan baju basah, kene pakai bib, which dia tak suke. huhu.


Lots of love,
FYHA

Wednesday, March 23, 2011

Sebulan sudah berlalu

2 comments
percaye tak mase ni dalam bulan lepas mummy kat spital tengah kesakitan? kejap kan masa berlalu. skang tengah tunggu turn nak kene korek perut. gile kelaparan dan kehausan. huhu!

tapi skrang dah okeh. syukur. buat mase ni mummy still kene telan ubat doc kasi. supplement? haaa tu auntie kinot tu, susah-susah jek belikan mummy pati ikan haruan masa datang visit dulu. brand poliny (cam tu ke eja? ala janji bunyi same :p) pastu baru-baru ni beli plak gamogen, brand house of healin. thank you banyak-banyak la yek kawanku. malu la ai! okeh, sape-sape yang kene operate, tak kire la sebab bersalin ke, sakit ke, ubat ni sangat lah bagus. mummy baru makan 3 hari, dah tak sakit dah kat tempat jahitan tu. kalo tak, mummy ade rase ngilu-ngilu sket. tapi tu tak bermakne bleh lasak lagi (",) tapi siyes, gamogen memang terbaek! memang takkan menyesal kalo cube.


Lots of love,
FYHA

Saturday, March 19, 2011

Kisah dadah... oopppsss!

2 comments
nak cerite sket ni pengalaman semasa high. masa mummy under morphine time sakit aritu kan, mummy nampak bende sume merepek jek. kadang-kadang nampak bende kecik pastu besar pulak. ada yang colourful, cantek jek dunia. nampak garden yang hijau bunga yang lawa-lawa. padahal kat spital ni! oh ade pelangi jugak. itu yang indah-indah. ni bab yang menakutkan plak, mummy nampak ade budak kecik tido tergantung la, ade kat bawah meja la, ade laki pakai suit sponge bob la. tak perlu lah cerite detail muke budak-budak tu sebab nanti korang takut. siyes ni cerite benar. lama gak effect dia. hahaha gile khayal! camtu kot manusia yang drug addict. then bile dah sedar diri, konfius what is real, what's not. time tu tak suke btol. rase cam lembab jek kepale otak ni. skrang tak lembab lagi. heheh!

p/s : agak-agak kene gam tak blog mummy ni? huhu..


Lots of love,
FYHA

Friday, March 18, 2011

Issue diri sendiri

5 comments
kawan. its a BIG word for me. same penting dengan gula hati. tanpa kawan, we are nothing.

okeh, entry ni tak de kene mengene ngan khayra. heheh!

dari dulu mummy memang pentingkan kawan. tanye daddy, skrang pun mummy sanggup susah payah demi mereka. risau sangat kalo diorg marah ke, majuk ke terasa ke. mesti akan cube buat diorg happy balik. pastu mummy suke organize small gathering or kasi present. bile tengok diorg happy and enjoy, ya Allah, puasnye hati. pelikkan? hehehe.. kadang-kadang mummy tepikir, diorg ni ingat kat mummy tak? bukan mintak balasan. sekadar ingat pada mummy dah cukup. mummy tau, ada yang bile susah or bosan, baru datang jumpe mummy. okeh fine, mummy still bleh layan lagi. masing-masing ade life sendiri, i got it. tapi rase macam dipergune, huh sangat tak best feeling itu! mungkin pasni mummy pay attention kat yang btol-btol nak kawan ngan mummy jek kan. aci tak?

p/s kepada diri sendiri : kawan biar ikhlas


Lots of love,
FYHA

Wednesday, March 16, 2011

New member

2 comments
lately ni asek cakap pasal sakit jek. dah la, bende dah lepas kite stop eh. jadikan pengajaran. sedih la cerite tu so tak mo cerite lagi.
nak tau tak, sekarang ni ramai btol kawan mummy yang baru bersalin. nak bersalin tak lame lagi pun ramai jugak. bestnye dapat baby! time dapat khayra dulu rase macam heaven! tapi bab melalak malam-malam tu tak la. haha! congrats la pada kawan-kawan mummy yang dapat ahli baru dalam family yek. semoga kedatangan mereka membawa rahmat dan rezeki insya Allah.

p/s : mummy kene cuti peknen untuk 2-3 taun. manje la khayra pasni (",)


Lots of love,
FYHA

Tuesday, March 15, 2011

Percaya tak

0 comments
instinct ibu dan anak memang kuat eh? time mummy sakit kan, khayra macam ok lagi. tapi masa 2 hari yang tenat tu, khayra mengamuk walaupun time mandi. padahal kan khayra suke air. then bile mummy dah makin ok, dia dah behave balik. ajaib kan!


Lots of love,
FYHA

Monday, March 14, 2011

Berkawan biar seribu

9 comments
sepanjang mummy admitted kan, ramai yang datang melawat. family, kawan-kawan, dari jauh and dekat. nak list down pun tak abis kang. hehe. thank you sangat mummy ucapkan. ada yang datang visit berkali-kali plak tu. memang mummy tak sangka lah. ada yang siap buat solat hajat, qiamulail, baca yasin dan bagi air zam zam. skrang baru mummy tahu yang mummy ada kawan ketika susah jugak. bukan senang nak carik. alhamdulillah.
ada sorang kawan mummy, auntie fizah, dia cerite, masa dia visit, dia bagi semangat suruh kuat demi khayra. pas dia cakap macam tu, mummy trus bangun and cube nak bukak sume wire kat badan mummy. bile inga balik malu la plak. heheh. but we do crazy things for our children kan. memang masa sakit tu mummy kuatkan semangat untuk khayra. tak sanggup mummy nak tinggalkan dia lagi. belom puas mummy nak bermanje dengan khayra.
now mummy dah getting better and bleh dah la jalan sket-sket. tapi tak mampu nak dukung khayra or jage dia sendiri lagi. dia dah lasak kuat manjat. mummy takut jahitan operation mummy luka balik. panjang sejengkal okeh! terpakse telan pati ikan haruan and pantang makan macam orang bersalin plak nih. tak kisah lah, nak baik cepat.

p/s : maaf kalo buat kamu-kamu menangis dan risau.


Lots of love,
FYHA

Sentiasa bersyukur

4 comments
mummy tak tau dari mane nak start. panjang sangat cerite yang bakal mummy bagitau ni. harap khayra faham lah yek. mula-mula mummy copy dulu ape yang daddy tulis dalam status facebook dia.....


Dlm ambulan!
February 23 at 11:45am via iPhone

Farah has been admitted to HTJ today n now waiting for operation due to acute abdomen pain maybe cause of appendix. Prayers n doa for her full recovery..tq
February 23 at 5:32pm via Android ·

Salam semua..alhamdullilah Farah is now under observation @ Icu ward hospital Seremban level5 after the abdomen operation..still using ventilator for breathing support..prayers and doa for her recovery..tq
February 24 at 9:50am via iPhone

Salam semua..Farah masih lg dlm wad ICU Hospital Seremban. Pernafasan masih lemah dgn bantuan alat ventilator..tlg doakan supaya die selamat dn cepat sembuh..tq
February 25 at 12:09pm via iPhone

Salam semua..keadaan Farah semakin teruk..tolong doakan supaya die selamat..tq
February 26 at 10:31am via iPhone

Salam semua..terima kasih atas doa, sokongan n visit Farah..hanya Allah dpt membalasnya..Farah still lg di ICU dgn alat bantuan pernafasan..Ada infection di paru2 menyebabkan kurang oksigen.doc masih buat test punca&jenis infection.mohon utk sama2 berdoa supaya Farah dapat kembali sembuh seperti biasa..
February 27 at 12:08am via iPhone

Salam..Farah tenat..tlg doakan..
February 27 at 12:37pm via iPhone

Assalamualaikum and good morning all..my wife Farah Yasmin masih lg di wad ICU.keadaan stabil tp masih bergantung kepada alat ventilator dan pernafasan sgt lemah dn dibantu dgn antibiotic n sedative. Pihak hospital masih berusaha sehabis baik mencari punca&jenis infection..sy dgn rendah diri memohon semua utk berdoa kpd Allah memberikan yg terbaik utknya..terima kasih..
February 28 at 8:45am via iPhone

Assalamualaikum n good morning all..Alhamdullilah physical condition my wife Farah Yasmin ada menunjukkan peningkatan n masih di wad ICU. Pernafasan bertambah baik bermula dr semalam dn setting alat ventilator tlh dikurangakn.pagi ini die ade separuh sedar n boleh dengar but masih guna sedative. Dari segi infection lungs, keputusan labtest dn jenis/punca infection masih belum diketahui.
March 1 at 6:53am via iPhone

Assalamualaikum n good evening everybody.alhamdullilah syukur kpd ALLAH.condition Farah semakin improve..ptg td die dh sedar tp masih lemah..die boleh dengar n response dgn angguk n gerakkn kaki..pernafasan ade improvement n doc masih investigate sakit dia nk maybe ade melibatkn jantung..sama2kite terus doa kpd Allah supaya die terus berjuang n cepat sembuh.terima kasih atas doa, support n ingatan semua..
March 1 at 7:24pm via iPhone

Assalamualaikum n good morning. Syukur alhamdullilah kepada Allah. Pagi ini Farah sudah semakin sedar n byk improvement..Doc dh turunkn setting ventilator ke yg paling rendah dn hopefully die boleh breathe dgn sendiri n maybe akan cabutkn tiub harini..terima kasih kpd team unit ICU atas usaha gigih mereka n support yg diberikan..
March 2 at 6:27am via iPhone

Assalamualaikum n good evening. Syukur alhamdullilah! alhamdullilah! alhamdullilah! Farah dh sedar sepenuhnya n bernafas dgn sendiri tanpa alat ventilator lg. InsyaAllah klu semua ok die akan dipindahkn ke wad biasa..Die ckp thank you kepada semua family,friends, relatives,neighbors, hospital teams esp ICU WARD dn semua yg telah mendoakan die, dtg visit, bg semangat dn segala jasa baik semasa die sakit..
March 2 at 8:58pm via iPhone

Assalamualaikum n good morning all.. Farah Yasmin dh semakin sihat walaupun agak lemah tp byk peningkatan positif, Alhamdullillah. Malam tadi dia dipindahkan ke wad High Dependency dn pagi ni ke wad 2A tingkat 2. Minta maklumkn kepada sesiapa yg ingin melawat dia. Sama-sama kite doakan dia cepat pulih seperti biasa..terima kasih
March 3 at 9:46am

Assalamualaikum and good morning all.. Alhamdullillah Farah Yasmin sudah semakin sihat. Die dh boleh bercakap n berjalan macam biasa cuma masih lemah. InsyaAllah boleh kluar hospital dalam masa terdekat.. die ckp die sgt rindu kat Khayra tp die dh jumpe cume sekejap :)
March 5 at 10:17am

Alhamdullilah Farah dh discharged drpd wad n selamat sampai ke Rumah...thank you all..
March 6 at 5:56pm via iPhone


mummy tak sangka boleh jadi sampai macam ni. yek la kalo Allah nak duga kite, tak kire masa kan. but alhamdulillah, mummy rase mummy dekat sangat dengan DIA. masa mummy kritikal tu, mummy dengar orang baca yasin jek. mummy dengar sedara kite, kawan-kawan family kite kasi semangat untuk mummy. bile mummy bangun jek, mummy slalu nangis bile ingat kat DIA. mummy macam rasa rindu yang teramat. even skrang pun kalo mummy baca ayat-ayat DIA, mummy kluar air mata. syukur sangat diberi peluang yang ke dua.
daddy... banyak sangat jasa daddy kat mummy. dia teman mummy siang malam pagi petang. dia slalu baca yasin untuk mummy, belai rambut mummy, bagi mummy semangat tanpa jemu. terima kasih honey sebab sayang saya banyak-banyak.
khayra...dah pandai minum botol dah! dia pun dah start minum susu formula jugak sebab mummy lama sangat kat hospital and on medication sampai skrang. since mummy sakit, khayra makin senang nak jaga. dia dah tak kisah dengan sape-sape. kalo dulu nak mummy jek, skrang tak lagi. tido pun bleh dengan tok naani ke tok ma ke tak kisah lah. kecik-kecik dah faham keadaan mummy yek sayang. good girl.

p/s : sejak kejadian ni, terasa silaturrahim keluarga dan kawan-kawan makin rapat. Allahuakbar!


Lots of love,
FYHA
 

NEW PHASE OF LIFE Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal