Tuesday, October 30, 2012

Pe'el khayra


kalo nak tau perangai anak dara ni, haa ni dia...

dia ni agak kurang sabar. contoh la kalo dia bukak you tube ke games ke, loading kan amik masa skit. kalo dia tak leh nak tunggu, dia ketuk-ketuk la ipad dia. tak pun kalo dia cuba selimutkan barney dia and she fail to do so, dia akan mengamuk menangis macam kene dera.

tak suka mandi air sejuk. yes, tak tipu. walaupon dia suka sangat air, dia sanggup berdiri jek dalam pool, sebab air pool tu 'sejup' katanya. kalo kite paksa siram dia ngan air sejuk, dia pon akan menangis macam kene dera jugak.

pembersih ya amat. dia akan make sure tangan dia bersih sentiasa. kalo tengah-tengah makan tu, dia perasan tangan dia kotor or sticky, dia akan bising 'nak wash nak wash'. padahal tengah makan ni memang la makan guna tangan kan. adoyai! kalo adik dia ke dia ke yang nak mandi, tros letak baju kotor dalam washing machine. bagus jugak tak yah susah-susah mummy nak kutip baju kotor diorg. hehe!

tersangatlah alergi dengan bau busuk. and yes, kalo dia bau busuk dia akan nangis macam kene dera jugak. memang tak bleh blah la. kalo bab ni dia nangis, mummy akan gelak guling-guling sebab tak penah la plak jumpe orang macam ni. bayangkan kalo lori sampah lalu, dia akan jerit 'lori ucuk!' sambil tutup abis sliding door kat hall tu. then, kalo kitorg keluar, terpaksa pakaikan pampers sebab dia takkan jejak public toilet. aritu daddy dia bawak toilet kat klinik kesihatan, dia siap nangis tak mahu. mummy lak bawak gi toilet jusco, pon sama jugak cakap 'no!'. dia sanggup tahan sampai balik umah baru shee shee.

tula a few examples yang memeningkan kepala. haihh.. macam-macam la....


Lots of love,
FYHA

2 comments on "Pe'el khayra"

Puan Jiha on November 3, 2012 at 12:18 AM said...

hoh...bab tak sabar tu boleh give me 5 ngan Aqeef... mang sgt tak sabar tau...pastu tanak ler usaha sendiri...let say die main ngan kete tarik die...and tibe2 tersekat sebab ada bende blocking ke....bukan main lagi die menjerit

FYHA on November 5, 2012 at 4:59 PM said...

Kan!! Kdg2 gelak tgk dia. Dh teruk sgt br la min tlg. Slalu suruh dia buat sendiri slow2. Kdg2 dia xnk dgr teros mengamuk nanges. Haihh

Post a Comment

 

NEW PHASE OF LIFE Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal