Tuesday, October 30, 2012

Pe'el khayra

2 comments
kalo nak tau perangai anak dara ni, haa ni dia...

dia ni agak kurang sabar. contoh la kalo dia bukak you tube ke games ke, loading kan amik masa skit. kalo dia tak leh nak tunggu, dia ketuk-ketuk la ipad dia. tak pun kalo dia cuba selimutkan barney dia and she fail to do so, dia akan mengamuk menangis macam kene dera.

tak suka mandi air sejuk. yes, tak tipu. walaupon dia suka sangat air, dia sanggup berdiri jek dalam pool, sebab air pool tu 'sejup' katanya. kalo kite paksa siram dia ngan air sejuk, dia pon akan menangis macam kene dera jugak.

pembersih ya amat. dia akan make sure tangan dia bersih sentiasa. kalo tengah-tengah makan tu, dia perasan tangan dia kotor or sticky, dia akan bising 'nak wash nak wash'. padahal tengah makan ni memang la makan guna tangan kan. adoyai! kalo adik dia ke dia ke yang nak mandi, tros letak baju kotor dalam washing machine. bagus jugak tak yah susah-susah mummy nak kutip baju kotor diorg. hehe!

tersangatlah alergi dengan bau busuk. and yes, kalo dia bau busuk dia akan nangis macam kene dera jugak. memang tak bleh blah la. kalo bab ni dia nangis, mummy akan gelak guling-guling sebab tak penah la plak jumpe orang macam ni. bayangkan kalo lori sampah lalu, dia akan jerit 'lori ucuk!' sambil tutup abis sliding door kat hall tu. then, kalo kitorg keluar, terpaksa pakaikan pampers sebab dia takkan jejak public toilet. aritu daddy dia bawak toilet kat klinik kesihatan, dia siap nangis tak mahu. mummy lak bawak gi toilet jusco, pon sama jugak cakap 'no!'. dia sanggup tahan sampai balik umah baru shee shee.

tula a few examples yang memeningkan kepala. haihh.. macam-macam la....


Lots of love,
FYHA

Monday, October 29, 2012

Happy birthday me!

2 comments
last week kan, hehe birthday mummy! ngeee....

daddy bawak gi dinner tempat best. nothing fancy, just a very nice family environment restaurant yang serve comfort food. since i love food so much, this is the perfect gift la hehe. kitorg jarang makan luar as khayra refuse to eat kalo bukan masakan air tangan mummy.

anyway, food kat sini not bad rasa dia. sedap jugak and portion dia pon banyak. macam-macam dalam menu, steak ribs sandwiches burgers pasta pizza and banyak lagi la. sapa-sapa nak try sila lah. restaurant ni kat bandar baru bangi. seksyen apa jangan tanya sebab ai fail area sini. hiuhiuhiu!

p/s : thank you daddy for the treat. me enjoy so much! muah muah!


Lots of love,
FYHA

Thursday, October 25, 2012

Khaleef dah 3 months old!

0 comments
check up khaleef went well today. good boy.

result sume ok, berat, panjang, perkembangan dia sume normal. alhamdulillah, still breastfeeding. rezeki khaleef murah, susu cukup untuk menampung keperluan dia (",)

after jab tadi, khaleef tak nanges pon. i am so proud of you baby! kakak dulu nanges, hehe, tak pe la. girl mesti la manja skit, boy plak tahan lasak kan (^.^)

lusa dah nak raya dah. takde prepare apa pon. slalu raya haji sambut ala kadar jek, mungkin sebab cuti pendek so tak rase sangat meriah dia. mungkin. kitorg akan balik kuala pilah la seperti biasa. harap selamat pergi dan selamat pulang, amin.

p/s : salam aidiladha sume. drive safe ok!


Lots of love,
FYHA

Tuesday, October 23, 2012

No regrets

2 comments
kejadian 1
air liur adik dah pandai meleleh dah. bile nampak meleleh air liur tu, tros kakak dia jerit, 'mummy, khaleef untah'. kalo mummy lambat skit, dia p carik tisu, lapkan. ala tak banyak pon air liur nye. tapi khayra ni sangat la fussy bab comot and kebersihan ni.

kejadian 2
adik nanges. khayra p kat adik usik-usik mulut adik. tros panggil 'mummy, khaleef nak milk'. haha pandai jek dia.

kejadian 3
tengah-tengah malam khaleef terjaga and merengek. mummy tersedar lambat skit. mummy nampak khayra bangun tido dengan mata ngantuk, baring sebelah adik sambil tepuk-tepuk adik cakap 'shhh shhh'. sweet kan.

kejadian 4
mummy : khayra, pls watch adik. mummy nak cook
khayra : ok
dia tros stop whatever she is doing, tros layan adik dia.

alhamdulillah. she loves her adik, i can tell. i guess mummy's decision untuk bagi khayra adik awal was the right one *senyumsampaiketelinga*


Lots of love,
FYHA

Thursday, October 11, 2012

Mempotty train khayra

2 comments
berjaya ke tak? hehehe...

mula-mula start potty train ni rasanya 3 minggu lepas. mummy sempat train dalam 4-5 hari macam tu pastu kene duduk umah tok naani dalam 2 weeks la pulak sebab daddy outstation.

anyway, masa tu, ya Allah, senang btol la darah menyirap bile dia tershee shee atas lantai kan. at first mummy lembut lagi la. masuk 3rd day, dah garang skit dah. so agak kurang la terbabasnya. sama jugak hari seterusnya. oh, lupe pulak, time tido jek mummy pakaikan pampers.

but then, bile start balik semalam (sebab dah balik umah sendiri and dia bleh la terbabas merata tanpa risau kene carpet), khayra sangat la senang nak suruh ke toilet. tak macam mula-mula dulu la, liat kemain. tau-tau jek dah basah panties. anyway arini, khayra tak terbabas langsung-langsung!! the best part was time dia tengah main, then tetibe berlari berdiri depan toilet sambil pandang mummy. mummy pon macam paham la signal tu, dia nak shee shee. cute kan! i was so happy!

memang kata orang, nak ajar toilet ni sangat la kene sabar. bukan skit-skit punye sabar tau, kene sabar banyak macam tinggi gunung everest tu haa! pastu simpan la carpet yang cantek tu yek. umah kitorg rase macam dah bogel dah tanpa carpet, but what to do. kang kene shee shee lagi malas nak basuh kan. so malas vs cantek, malas yang menang! hahaha!

p/s : sapa-sapa nak potty train anak-anak tu, good luck yek! hehehe....


Lots of love,
FYHA

Tuesday, October 9, 2012

Berita pagi arini

0 comments
cousin mummy, mohd faiz hazim, dah pulang ke rahmatullah kol5.40 pagi tadi. arwah accident motor sabtu lepas dan mengalami head injury.

tolong doakan untuk kesejahteraan arwah. Al-fatihah.


Lots of love,
FYHA

Monday, October 8, 2012

Anak buah baru

1 comments
danial aqeel.

lambat la update pasal cousin khaleef and khayra ni. sori yek anak buah. hehe! haa ni la dia rupe cucu cikgu rosli yang ketiga. tadaaaa......





khayra agak confuse sebab ada 2 babies. panggil aqeel, aqeef sebab pelat. hehe comel jek! muka lebih kurang khaleef kan? nanti dah besar, bleh la take team tunggang terbalik umah tok naani ok LOL


Lots of love,
FYHA
 

NEW PHASE OF LIFE Copyright 2009 All Rights Reserved Baby Blog Designed by Ipietoon | All Image Presented by Online Journal